Home Petua Tips “Ingatkan Artis Korea..” -Ini 7 Selebriti Malaysia Yang Dikatakan Wajah Seiras Artis...

“Ingatkan Artis Korea..” -Ini 7 Selebriti Malaysia Yang Dikatakan Wajah Seiras Artis Korea

79
0

Nak kata ada tujuh muka serupa mungkin betul dan mungkin salah. Tetapi, memang benar muka kita ada iras dengan beberapa orang lain.

Kalau kita yang orang biasa pun pernah ditegur mempunyai wajah iras orang lain, apatah lagi artis kan? Kalau anda perasan, rupa-rupanya ramai selebriti wanita tanah air yang wajah mereka seiras dengan artis Korea. Wow!

1. Kim Go Eun & Janna Nick

Image from Pinterest & Oh Hangat

Sekali pandang, wajah mereka berdua ni memang seiras bukan? Kim Go Eun dan Janna Nick mempunyai bentuk senyuman yang sama. Lebih-lebih lagi bila mereka berambut pendek dan menggunakan style yang sama, memang sebijik! Kim Go Eun pernah terkenal dengan K-drama hit yang dibintangi bersama Gong Yoo iaitu Goblin.

2. Lisa Blackpink & Amyra Rosli

Ramai yang berpendapat muka Amyra Rosli semasa dia free hair dulu tidak ubah seperti salah seorang anggota kumpulan wanita K-pop terkenal iaitu Lisa Blackpink. Bentuk bibir dan alis mata yang membuatkan wajah mereka seakan sama, tambahan lagi jika Lisa dan Amyra membuat ekspresi muka yang serius. Memang sama!

3. Song Ji Hyo & Nora Danish

Image from Soompi & Pinterest

Nora Danish boleh dikatakan antara artis wanita Malaysia yang mempunyai ‘baby face’ kerana walaupun usianya sudah hampir 40 tahun, wajahnya sentiasa kelihatan awet muda.

Menariknya, dia digelar sebagai ‘Song Ji Hyo Malaysia’ gara-gara wajahnya sama seperti bintang utama dalam program terkenal Running Man. Tidak dapat dinafikan lagi, raut wajah mereka berdua sememangnya serupa kalau tengok dengan sekali pandang. Boleh confuse tau!

4. Choi Ji-Woo & Erra Fazira

Image from Daebaking

Tipulah kalau anda tidak kenal dengan pelakon wanita legend Korea ini kan? Choi Ji-Woo pernah menjadi satu fenomena pada satu ketika dulu dengan K-drama popular Winter Sonata. Senang cerita, dia antara artis yang memberikan impak kuat sehingga membuatkan ramai ketagih melihat drama dari Korea sehingga sekarang. Manakala, pelakon terkenal Malaysia yang juga merupakan Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1992 iaitu Erra Fazira pula dikatakan mempunyai bentuk dan raut wajah sama seperti Choi Ji-Woo terutamanya jika dia free hair dulu.

5. Rose Blackpink & Hanis Zalikha

Image from New Straits Times & Azhan.co

Seperti mana yang anda tahu, Hanis Zalikha merupakan pengacara dan selebriti terkenal di Instagram dengan dua orang anak comelnya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Dia dikatakan seiras dengan vocalist utama kumpulan Blackpink iaitu Rose kerana bentuk muka mereka yang bujur dan pandangan dari sisi membuatkan wajah mereka kelihatan serupa.

6. Park Gyuri & Sherry Ibrahim

Image from Channel-K & Beautifulnara

Pelakon wanita Sherry Ibrahim pula dikatakan seiras dengan pelakon dan bekas penyanyi kumpulan wanita K-pop iaitu KARA.

Dalam ramai ‘pasangan’ selebriti, mereka berdua adalah yang paling kurang seiras dan hanya jika diperhatikan betul-betul baru anda akan nampak senyuman mereka sedikit sama.

7. Go Ara & Leez Akademi Fantasia (AF)

Image from Daebaking

Akhir sekali, bekas peserta program Akademi Fantasia, Leez AF yang juga merupakan isteri kepada Aepul Roza iaitu vocalist Drama Band dikatakan mempunyai persamaan dari segi senyuman dengan pelakon dan model terkenal Korea, Go Ara.

Ada sisi mereka yang sama, tetapi jika dilihat lama-lama tidaklah begitu seiras. Tetapi, lain orang lain pendapat dan pandangan masing-masing kan. Ini semua hanyalah apa yang diperkatakan oleh orang ramai.

Sumber : Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleTangan Berur4t Macam Lelaki, Gelagat Gadis Ini Raih Perhatian
Next article[VIDEO] Maryam bagi anak cuba bau durian, reaksi comelnya pula raih perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here