- VIRAL

Ini lah Kenangan Terakhir Bersama Cucu, Datuk Luah Sesuatu Disaat 1 Syawal

“MASIH terlintas dalam ingatan saya kemesraan bermanja dengan cucu Nur Syaffina Qalesya Mohammad Solahuddin, 4, pada 1 Syawal lalu di Kampung Sabak, Rompin, kami menyambut hari raya bersama.

“Petang ini, saya mendapat perkhabaran cukup menyedihkan apabila cucu sulung saya bersama menantu Nurul Jannah Bazlan, 24, dan besan Asnawati Muslimin, 53, maut dalam kemalangan jalan raya,” kata Mohamad Saufi, datuk kepada Nur Syafina Qalesya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kampung Cherok Paloh, di sini, 3.54 petang tadi.

Menurutnya, dia menerima perkhabaran itu kira-kira 5 petang sebelum bersama isteri dan anaknya bergegas ke hospital.

Anak saya Mohammad Solahuddin Mohd Saufi, 30, juga bergegas dari Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) apabila menerima perkhabaran itu.

Katanya, dia dimaklumkan cucu dan menantunya dalam perjalanan balik ke rumah selepas pulang dari HTAA sebelum Proton Saga dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna jenis Chery Eastar.

“Mereka dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ketapang Tengah, Pekan, sebaik urusan bedah siasat selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta dipandu Nurul Jannah dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Chery Eastar yang menuju ke Kuantan.

Beliau berkata, pertembungan itu menyebabkan semua mangsa maut di tempat kejadian sementara empat lagi cedera dan kini sedang dirawat di wad kecemasan HTAA.

Katanya, mereka yang cedera ialah adik kepada Nurul Jannah, Nurul Syaffiya, 17, pemandu Chery Eastar, Nasran Samsudin, 52, penumpang hadapan kenderaan itu Masnida Muda, 46, manakala satu lagi identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Mohamad Noor berkata, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengesan saksi kejadian dan merakam keterangan mangsa yang terselamat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Kekasih Jiwang.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *