- semasa

‘Ini Luahan Dr Amalina Selepas Pembedahan Berjaya Ke Atas Ainul Mardhiah’ Kata-katanya Buat Netizen Sebak

SHAH ALAM – Dr Nur Amalina Che Bakri yang merupakan salah seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram pada mulut Ainul Mardhiah nyata sebak ketika berkongsi kejayaan pembedahan bayi tersebut.

Menurutnya, Ainul dan ibu bapanya telah dianggap seperti keluarganya sendiri.

“Apabila saya keluar dari dewan bedah dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Ia adalah perasaan yang bercampur-campur seperti perjalanan emosional dan pengalaman menggembirakan pada masa yang sama.

“Ainul, Wani (Nurul Erwani Zaidi) dan Safi (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak) adalah seperti keluarga saya sendiri,” katanya dalam hantaran di laman Instagramnya semalam.

Doktor berusia 32 tahun itu juga mengakui dirinya melalui saat gementar sepanjang lima jam pembedahan itu dijalankan ke atas bayi berusia sembilan bulan tersebut.

“Alhamdulillah, Ainul, awak budak perempuan yang kuat,Setelah kira-kira lima jam bertarung di bilik pembedahan, ketumbuhan (berat 200 gram) berjaya dikeluarkan. Tidak dapat digambarkan betapa gementar saya, ketika tempoh pembedahan itu. Seperti bayi kecil, begitu halus, sangat cantik. Jangan bimbang Ainul, semua orang ada di sini untuk membantu kamu,” katanya.

Menurut Dr Amalina, pembedahan Ainul itu sangat berisiko tinggi yang memerlukan banyak persiapan dilakukan bagi memastikan bayi tersebut selamat.

“Pembedahan tersebut melibatkan pasukan ahli bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk perancang craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher yang diketuai oleh Prof David Dunway dan Juling Ong

“Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan. Ainul kini sedang dipantau selepas pembedahan dan dia stabil. Mari berdoa untuk pemulihan Ainul. Terima kasih atas semua doa anda,” katanya.

Hantaran di laman Instagram Dr Amalina bersama ibu bapa Ainul sebaik selesai pembedahan di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Dr Amalina sebelum ini pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dia juga pernah disenaraikan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *