Home Petua Tips Bercinta Sampai 9 Tahun Sekali Teman Lelaki Nikahi Org Lain.Jadi Wanita Ni...

Bercinta Sampai 9 Tahun Sekali Teman Lelaki Nikahi Org Lain.Jadi Wanita Ni Naik Pelamin Sorang Sorang

233
0

” Tipulah kalau kata tak sedih. Cuma saya nak cari kekuatan diri balik. Kita sedaya upaya nak dekatkan pun, tetap tak boleh lawan perancangan tuhan,” luahan
seorang gadis bila jejaka kekasih hati telah cari orang lain.

” Saya dengan dia dah rancang untuk kahwin. Tapi nak buat macam mana, tiada jodoh.”

Itu luahan seorang gadis, Nurul Nazira Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa Zizie yang terkejut menerima berita teman lelakinya baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu.

Menurit Zizie, dia reda hubungan selama sembilan tahun bersama kekasih hatinya berakhir begitu sahaja.

” Kami berpisah pada Februari lalu. Masa tu kami sekadar senyap dan bawa haluan masing-masing.

” Saya memang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan dia dah kahwin. Saya reda dan cuba bersangka baik, mungkin tuhan nak bagi yang terbaik.

” Sebab dah sembilan tahun, memang terlampau sayang. Tak ada istilah nak main-main, betul-betul fokus nak ke pelamin.

Zizie sudah sembilan tahun berkenalan dengan jejaka itu sebelum hubungan putus pada Februari lalu.

Menurut model sambilan berusia 20-an dari Tumpat, Kelantan itu, dia juga tidak menyangka video berkenaan kisah duka itu yang dikongsi akan meraih sehingga lebih 200,000 tontonan.

 

 

Dalam video tular itu, ia memaparkan Zizie yang sedang memukul punching bag sehingga terduduk, seolah-olah sedang melepaskan segala rasa yang terbuku di jiwa.

Dalam video sama, Zizie turut membakar beberapa objek yang menjadi kenangan antara mereka seperti anak patung beruang dan kad ucapan.

” Sebenarnya punching bag tu dekat rumah saya. Dan ia juga bukanlah video baharu. Cuma bila berlaku macam ni, saya gabungkan semua video-video yang ada untuk dikongsi di TikTok.

” Biasanya sebelum ini saya guna punching bag untuk lepaskan rasa yang terbuku. Lain orang lain caranya. Pada saya, bila pukul tu, saya rasa seolah-olah dah buang semua masalah.

” Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban… rasa ringan. Ada video lama, ada video baru dan saya gabungkan semua jadi satu video.

” Ada beberapa barang kenangan tu, saya bakar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang… barang-barang kenangan yang berkait, saya bakar.

” Video tu juga nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zizie juga sempat membuat photoshoot bersendirian dalam busana pengantin selepas mendapat tahu berita mengenai bekas teman lelakinya tempoh hari.

Kata Zizie, ia sekadar simbolik untuk melengkapkan janji yang sudah dilafaz, biarpun sekadar dirinya ‘bersanding’ sendirian.

” Sebab saya tahu dia akan jadi suami orang, jadi saya nak tepati janji yang kami bina untuk kahwin sama-sama.

” Lepas dapat tahu, saya usaha juga pakai baju kahwin seorang diri untuk tepati janji itu.

” Walaupun tahu dia bukan suami saya, saya tetap teruskan juga shoot gambar kahwin, biarpun saya berseorangan tanpa pasangan,” luahnya.

Selain sokongan keluarga dan rakan rapat, Zizi terkejut apabila dia menerima sokongan netizen di TikTok.

 

 

Tambahnya, ramai netizen turut berkongsi kisah duka masing-masing yang mana ia disifatkan jauh lebih teruk berbanding apa yang dilaluinya.

” Keluarga, kawan-kawan semua bagi kata-kata semangat. Mereka sangat memahami. Malah ramai juga yang kongsi kisah mereka.

” Pada saya, video yang saya kongsikan itu merupakan kenangan bergerak. Saya pun suka buat video. Tak sangka ramai yang nak kongsi kisah mereka juga.

” Ada kisah cerai, tunang tapi tak jadi kahwin dan macam-macam lagi diceritakan netizen. Kalau kita rasa teruk, ada yang lebih teruk sebenarnya.

” Allah uji sebab sayang. Kalau Allah tak uji, itu saya jadi takut. Sekarang saya nak buktikan yang saya boleh bangkit.

” Tiada siapa yang boleh tolong melainkan diri kita sendiri. Saya cuma nak pesan, kalau kenal seseorang, tolong jangan terlalu berharap.

” Jangan kenal lama-lama sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Kalau serius, kahwin terus. Hati orang mudah berbolak-balik,” ujarnya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber:mstar

Previous article“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri” Kecoh Netizen Sound Pasangan Ni Rentas Negeri
Next articleLelaki Krea Utara yg diekstradisi dari Mlaysia Mncul di Mhkmh AS.Selain Gubah Wang H4ram Rupanya Ada Hal Lain Lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here