Home Petua Tips “Jaga Batas” Amyra Rosli Syukvr Diganding Dengan Saharul Ridzwan & Izzue Islam

“Jaga Batas” Amyra Rosli Syukvr Diganding Dengan Saharul Ridzwan & Izzue Islam

249
0

Sesuai dengan penampilan berhijab, aktres Amyra Rosli bersyukur apabila digandingkan dengan aktor Saharul Ridzwan dan Izzue Islam dalam drama terbaru lakonan mereka, Sabarlah Duhai Hati.

Memetik laporan Xtra, aktres berusia 30 tahun itu berkata, dua aktor tersebut sangat menjaga batas ketika menjayakan babak romantis tanpa perlu bersentuhan antara satu sama lain.

“Saya amat menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu…
“…untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan,” kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli itu.

Menurut Amyra, suaminya Amar Baharin juga memberi izin sekiranya perlu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, namun ia perlu berlapik.

“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya,” ujarnya.

Drama adaptasi novel hasil karya Mimie Afinie itu diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan akan ditayangkan di slot Akasia TV3, bermula 28 April ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous article“Sesuai Ni, Khwin Jelah!” Ramai Cuba J0dohkan Nadia Brian & Zizan Razak
Next article“Haris Padam Satu Gambar Lps Dpt Perhatian.” Tapi Benda Dh Tersebar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here