- semasa

“Jangan Abaikan Isteri Kamu” Kata-kata Yang Menginsafkan PU Abu Dan Ini Yang Diluahkannya

Lafaz talak yang dibuat oleh bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, menerusi aplikasi WhatsApp terhadap isterinya Ain ‘Afini Latif pada 13 Mac lalu adalah tidak sah, lapor Astro Awani.

Menurut laporan, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mohd Nuruazhar Tohar menetapkan keputusan itu dalam prosiding pada Rabu. Hakim dalam pada itu menasihati PU Abu Sufyan agar menyelesaikan perihal rumahtangga dengan baik.

Mohd Nuruazhar berkata, sebagai suami, Abu Sufyan atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi sepatutnya menjaga keluarganya dengan baik.

“Kamu perlu jaga isteri dan anak dalam kandungan dengan elok-elok dan jangan abaikannya,” katanya. Beliau berkata, keadaan emosi seorang wanita yang mengandung berbeza dengan wanita lain. “Dengan apa yang berlaku ini telah memberi kesan terhadapnya. “Kamu jangan lepas tangan. Apa-apa hal kamu perlu selesaikan. Faham?” katanya.

Abu Sufyan yang memakai baju kemeja berbelang biru putih dan berkopiah kemudiannya mengangguk. Abu Sufyan mendirikan rumahtangganya bersama Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada 10 Julai depan.

Sebelum ini, Ain ‘Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan wanita bernama Hana Azraa.Namun Syukur pada Allah SWT yang membuka cahaya baru dalam kehidupan PU Abu dan ‘Ain Afini ini kata -kata PU Abu tentang hubungan mereka.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas
anak yang dikandungnya “Mengakui kesilapan meninggalkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan. Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula PU Abu memohon mahkamah supaya tidak membenarkan pihak media dan orang awam yang berada di galeri tersebut mendengar perbicaraan kes mereka atas isu sensitif dan mengaibkan.

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *