- TIPS

Jangan Pandang Hina Ikan Cuci Cermin. Uztaz Ini Dedah Ada Khasiat Berguna Yang Ramai Tak Tahu

Subhanallah, siapa sangka ikan bandaraya atau ikan cuci cermin ini ada khasiatnya.

Sila baca cerita dibawah dan anda akan tahu khasiat apa yang Ustaz Rosdi cuba sampaikan.

JANGAN PANDANG HINA IKAN CUCI CERMIN….

Semalam tayar motosikal tua saya pancit jadi saya menolak motosikal saya.
Ketika saya lalu di kawasan sebuah sungai saya lihat beberapa orang sedang menjala ikan di situ.
Boleh dikatakan banyak ikan yang mereka dapat di sungai itu, ikan yang mereka dapat ialah seperti ikan lampam, talapia serta harwam. Ikan cuci cermin yang masuk dalam jala mereka buang begitu saja.

Saya tanya ” kenapa buang ikan ini bang“.

Jawab mereka ikan tu tak boleh dimakan dengan selamba sahaja mereka membuang ikan cuci cermin itu”

Jawab mereka ambillah kalau hendak. Lalu saya bertanya kepada mereka” boleh saya ambil anak tu bang”…. Dengan pendek mereka menjawab ” ambillah”..

Saya pun mengambil semua ikan yang mereka buang itulah dan ikan itu akan saya gunakan untuk membantu kepada seorang budak yang bermasalah dengan penyakit kulit Ekzema.

RUPANYA INI KHASIAT IKAN CUCI CERMIN..

Tahukah anda ikan cuci cermin boleh merawat penyakit Ekzema?

Caranya sungguh mudah carikan ikan cuci cermin dalam enam atau tujuh ekor kemudian bersiang kulitnya yang kasar itu dan ambil isinya untuk dijadikan sup dan makan sup serta isi ikan tersebut In Sha Allah kalau selalu diamalkan selalu penyakit kulit azcema akan pulih dengan cara rawatan ini.

Jangan anda terkejut bila memakan isi ikan cuci cermin nanti kerana rasanya cukup sedap dan tak perlu dirisaukan kerana ia halal untuk dimakan.

Kalaulah dan bermacam ubat anda gunakan untuk merawat penyakit azcema tak juga sembuh cuba anda menggunakan cara ini pula mana le tahu kalau ia serasi dengan anda.

Bagi yang tidak tahu apa itu penyakit Ekzema

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Sumber Artikel : Ustaz Rosdi

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan rakan atau keluarga anda dan insyallah semuanya akan dipermudahkan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *