- TIPS

Jangan Trade In Kereta Yang Habis Bayar Selagi Anda Belum Buat Yang Ini

Ini untuk mereka yang pakai kereta second hand yang masih good condition tetapi sudah settle bayar.

Jangan tukar kereta baru. Tambah tak mengapa. Jika anda sudah ada kereta habis bayar, jangan gatal trade ini untuk kereta baru, jangan gatal jual untuk ambil yang baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan ambil kereta baru sehingga semua kira-kira sudah dibuat.

Sila kira, jika sebulan anda bayar RM 500 sebulan cuba kira

kalau setahun anda bayar berapa?

RM500 x 12bulan = RM 6000 setahun. Banyak kan?

RM6000 tak termasuk insuran kenderaan dan cukai

jalan, kalau campur adalah dekat RM 7000…

Banyak ker sikit ? dan ingat, anda kena tanggung hutang selama 9 tahun lagi.

Tahukah anda dengan bayaran setahun kereta baru, anda boleh buat overhaul pada kereta lama dan

boleh juga full servis untuk digunakan lebih kurang tiga tahun lagi.

Anda menanggung hutang baru. Nak lepas dari hutang kereta lama separuh mati.

sekarang senang-senang nak ambil kereta baru dan hutang baru. Berbaloi kah beraya dengan kereta

HUTANG yang tidak perlu. 9 tahun anda tidor tak lena, mandi tak basah bila terkenangkan hutang kereta dan lain-lain.

Kesimpulan : Ini bukan post untuk kempen jangan ambil kereta baru. Kalau mahu ambil, ambillah, semua pilihan terletak di tangan anda.

Cuma biasalah, kalau dah kena barulah nak berakal.

Formula Bank

Formula bank dalam meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.

Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.

Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.

Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.

Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak

Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai

Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji

Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.

Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.

Boleh, tapi gunakan formula ini;

Harga Kereta = Setahun Gaji

Gaji bulanan:RM2,000

Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000

Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.

Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

 

Sumber : tukangfikir.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *