Home Petua Tips ‘Ada yang berniat j4hat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting’ –...

‘Ada yang berniat j4hat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting’ – Tun M

308
0

Terbaru di halaman fb Tun M ,beliau menggambarkan ada sesetengah pihak cuba mengkhi4natinya sepertimana
rakaman audio yang tersebar baru baru ini.

Ada yang berniat j4hat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.‬

‪Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.‬

‪Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14.‬

Kalau betul saya mahu mengkhi4nati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.‬

‪Saya tolak. Susah & senang, kita bersama. – Tun M

Tun M meluahkan perasaan ini bila tular klip audio suaranya pada satu mesyuarat MPT sebelum beliau meletak
jawatan.

Seperti mana laporan dari Malykini pada 19 May 2020 yg lepas

Satu lagi klip audio yang dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb lalu beredar.

Kali ini, klip audio berkenaan menggambarkan suara seseorang yang dikaitkan sebagai suara Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju agar Bersatu keluar PH.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa klip audio itu “pemb0hong4n”.

Syed Saddiq mendakwa dia sendiri berada di dalam mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Feb dan menurutnya Mahathir merayu agar pemimpin Bersatu tidak memaksanya “melanggar prinsip”.

“Ini terang-terang adalah pembohongan. Saya hadir mesyuarat itu. Mahathir merayu tiga kali untuk tidak meninggalkan PH.
“Kali terakhir beliau merayu, berliau berkata ‘jangan paksa saya langgar prinsip saya’.

“Saya cadangkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) mendedahkan rakaman audio penuh yang akan membuktikan bagaimana Mahathir merayu agar tidak tinggalkan PH,” katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Marzuki Yahya, yang juga hadir mesyuarat itu berkata klip audio berkenaan sebagai hasil suntingan.
Marzuki bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa, dalam satu kenyataan menyifatkan klip audio berkenaan sebagai tindakan terdesak “puak-puak Sheraton”.

Tariq dipercayai merujuk individu di sebalik gerakan politik Feb lalu yang membawa kepada tumbangnya PH.

“Anehnya, walaupun saya salah seorang ahli MPT yang hadir di mesyuarat tergempar tanggal 23 Februari 2020 tersebut, tidak sekali pun pada ingatan saya, keputusan dibuat agar menarik diri dari gabungan PH.

“Hakikatnya, usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional berakhir dengan keputusan untuk menyerahkan keputusan muktamad kepada Mahathir setelah beliau menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

“Hakikatnya, puak-puak Sheraton semakin terdesak bagi membuktikan kesahihan mereka sehingga sanggup menimbulkan syak wasangka antara Mahathir dan PH serta perjuangan asal Bersatu walau apa cara sekalipun,” katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tariq juga menafikan Mahathir mengkritik DAP atau Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti yang digambarkan rakaman audio berkenaan.

Sebaliknya, kata Tariq, Mahathir cuma memohon agar dibenarkan untuk memenuhi janjinya kepada Anwar untuk berundur sebelum habis penggal.
“Dan dia tak setuju dengan gabungan bersama Umno kerana mereka akan guna ini untuk putar belit supaya mahkamah tidak buat tindakan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, klip audio yang did4kwa merakamkan mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari menggambarkan pemimpin Bersatu bersetuju dengan usul untuk meninggalkan PH pada hari itu.

“Kalau kata hari ini (mahu tinggalkan PH), okey, hari ini kita keluar daripada PH,” kata suara yang dikaitkan dengan Mahathir.

Suara itu juga kedengaran mengatakan bahawa sokongan dari Umno ‘berubah-ubah’, tetapi ini tidak berbeza dengan DAP atau PKR.

“Kalau bagi masa sikit saja, dia (Umno) nanti suka kat saya… Tak ada kelainan. Cumanya saya pun tak suka kepada DAP, tak suka pada Anwar, yang lain pun macam itu. Semua itu soal masa saja.

Nak kita tentukan masa atau kita ambil tindakan hari ini,” kata suara itu.

Klip audio tersebut telah ditularkan di media sosial, termasuk oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Dua audio yang juga dikaitkan dengan mesyuarat Bersatu itu sebelum ini beredar di media sosial.

Dalam klip audio pertama yang bocor, individu dengan suara mirip Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberikan kepercayaan kepada Mahathir untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PH.

Klip audio kedua pula merakamkan suara mirip Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji meletakkan jawatan.

Sumber : Mkini

Previous article“Kalau aku jadi ayah dia , aku pelemp4ng muka dia” – Netizen
Next article‘Kurang Sopan’ Pada Agong , Xavier Tak Belajar Rukun Negara?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here