Home Petua Tips PM Kata 20 Orang Ziarah Raya Tapi Dr Noor Hisham Jelaskan Maksud...

PM Kata 20 Orang Ziarah Raya Tapi Dr Noor Hisham Jelaskan Maksud Sebenar 20 Org Tersebut

295
0

Jumlah had maksimum 20 orang yang dibenarkan untuk aktiviti menziarah pada satu-satu masa sewaktu sambutan hari raya, hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, pelawat tidak digalakkan untuk datang ke rumah selain perlu mematuhi garis panduan sambutan aidilfitri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

”Isu dia bukan nombor 20 orang, tetapi isu dia 20 adalah saudara-mara. Kalau kita lihat, garis panduan KKM yang pertama ialah penjarakan sosial.

”Jadi nombor itu ialah relative iaitu bergantung kepada rumah kita. Sekiranya apartment kita kecil, kita kena buat target visiting daripada keluarga kita.

”Yang kita katakan adalah ahli keluarga, kita bukan katakan pelawat datang ke rumah. Kita tak menggalakkan perhimpunan, kita tak mengalakkan pelawat-pelawat datang ke rumah tetapi ini ahli keluarga ada yang 10 orang, ada yang 15 orang, ada yang 20 orang,” kata beliau.

Tegas Dr Noor Hisham, walaupun mematuhi jumlah had maksimum tetapi tidak melakukan penjarakan sosial, ianya tetap dikira melanggar SOP daripada KKM.

”Apa yang pasti ialah kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakan sosial. Kalau dalam apartment 20 orang tu dah kira crowded space, jadi dah melanggar peraturan atau SOP Kementerian Kesihatan.

”Apa yang penting dalam tempoh masa tersebut yang penting penjarakan sebagaimana Perdana Menteri menyatakan iaitu kita kena pastikan penjarakan sosial diamalkan di rumah contohnya,” ujar beliau.

Tambah Dr Noor Hisham, langkah-langkah kebersihan perlu diamalkan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara seperti mencuci tangan sebelum masuk ke rumah.

Selain, warga emas juga perlu dilindungi sewaktu aktiviti ziarah-menziarahi kerana mereka merupakan golongan yang paling berisiko dijangkiti Covid-19.

”Apabila ada kalangan mereka yang melawat ataupun datang ke rumah, pastikan penjarakan, pastikan kita lindungi warga emas contohnya.

Jadi tak ada salam, tak ada cium-cium, dan pastikan penjarakan itu satu meter. Kita boleh amalkan sebelum masuk rumah, cuci tangan dulu, guna sabun ataupun guna hand sanitizier.

Walaupun ahli keluarga pastikan kita lindungi warga emas iaitu ibu bapa kita ataupun nenek dan datuk kita sebab kalau kita lihat jumlah kes kematian yang kita ada setakat ini 60 tahun ke atas lebih daripada 50%,” jelas beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Sumber : SIAKAP KELI

Previous articleJaga Solat Bahagiakan Isteri, Semua Beban Akan Hilang Sekelip Mata!
Next articlePengasas Kicap Cap Kipas Udang Menlnggal Dunia Hari Ini,Usia Cecah 100 Tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here