Home Petua Tips ‘Salah kerajaan jika lanjutkan PKP tanpa tambahan bantuan’- Najib

‘Salah kerajaan jika lanjutkan PKP tanpa tambahan bantuan’- Najib

253
0

Najib Razak hari ini mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PH) yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin supaya peka dengan derita yang dihadapi oleh golongan yang paling terjejas susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan membendung penularan wbak kor0navirus.

Katanya, perdana menteri perlu mengumumkan langkah terbaik untuk rakyat serta permudahkan proses dan mengurangkan birokrasi.

“Kita jangan kedekut dengan rakyat pada saat mereka amat memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan.

“Golongan seperti B40 dan M40 perlu dibantu dengan pakej lanjutan. Bukan kerana mereka malas atau tidak produktif tetapi hakikat pandemik yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga.

“Ia bukan salah rakyat. Rakyat akan faham jika kerajaan perlu melanjutkan PKP sekali lagi. Tapi ia akan jadi salah kerajaan jika PKP dilanjutkan buat kali ketiga tanpa bantuan ditambah atau lambat disalurkan,” katanya dalamsatu hantaran di Facebook.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan PKP akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

Jelasnya, dalam tempoh itu, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan langkah seterusnya.

PKP mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan C0vid-19. Ini merupakan kali ketiga ia dilanjutkan.

Antara komen komen netizen

Betul tu Dato

Kami tak harap kerajaan semata mata tapi kami ta blh keje

 

Sumber : malaysiakini

Previous articleJadi ‘runner’ McD, sepupu Eira Syazira ‘pergi selamanya’ ketika hantar pesanan pelanggan
Next articleSidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan 24 April 2020 Termasuk Pelajar IPT Dibenarkan Pulang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here