Home Petua Tips Juliana Evans kongsi pengalaman buruk ketika pertama kali ‘datang bulan’, malu ditertawakan...

Juliana Evans kongsi pengalaman buruk ketika pertama kali ‘datang bulan’, malu ditertawakan guru selepas mengadu ‘bocor’ –

67
0

BERMULA dengan kontroversi melawak tentang rogol hinggalah melakukan pemeriksaan ‘datang bulan’ kepada pelajar perempuan, isu yang membabitkan tentang tingkah laku guru sekolah seperti itu menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

Berkongsi pengalaman zaman persekolahan, pelakon Che Puan Juliana Evans atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 32, mendedahkan pernah ditertawakan guru sekolahnya selepas mengadu kebocoran darah haid sehingga membuatkan dia menangis.

“Sejak kebelakangan ini saya tengok di Twitter banyak diperkatakan tentang kes pelajar datang bulan.

Juliana berkongsikan kisahnya di Twitter.

“Saya juga pernah berhadapan pengalaman serupa apabila cikgu perempuan nak periksa jika betul kita sedang datang bulan pada ketika itu, namun mereka tidak pernah melakukannya pun.

“Cumanya saya ada cerita di mana ketika berada di Tingkatan 2, tahun pertama datang bulan. Ketika itu sedang belajar dalam kelas dan tersedar terbocor banyak di kain saya. Uniform sekolah saya dipenuhi darah.

“Jadi, kawan perempuan sekelas saya tolong lindung dengan berjalan di belakang saya sehingga ke tandas dan mereka turut membantu saya basuh baju itu.

“Baju saya basah teruk dan saya tak tahu nak buat apa. Jadi, saya telefon ibu untuk ambil saya balik sekolah awal,” ujarnya.

Apa yang dikesalkan pelakon filem Hantu Bonceng ini ialah sikap tiada rasa tanggungjawab guru-guru wanita di sekolahnya apabila berhadapan dengan situasi seperti itu.

Dia juga tidak menyangka sebagai pendidik mereka sepatutnya berasa lebih empati daripada sekadar menjadikan perkara itu sebagai bahan untuk ditertawakan.

Juliana kesal dengan respons yang diberikan oleh guru-gurunya.

“Ketika saya duduk di bilik guru (untuk tunggu ibu ambil balik sekolah), beberapa cikgu masuk dan lalu depan saya.

“Mereka tanya kenapa saya menangis dan saya beritahu situasi yang jadi pada saya ketika itu dan nak tahu apa reaksi mereka?

“Kebanyakan daripada mereka hanya ketawakan saya. Semuanya cikgu perempuan… saya jadi takut, berseorangan dan bertambah malu,” ujarnya.

Susulan pengalamannya itu, Juliana menasihatkan guru-guru agar menjadi lebih peka dan sensitif dengan pelajar mereka terutamanya yang pertama kali melalui pengalaman datang bulan.

Juliana bersama suami dan anaknya.

“Dengan mentertawakan pelajar yang sedang mengalami perubahan pada tubuh badannya, itu bukanlah cara yang terbaik.

“Saya pun cerita dengan ibu dan dia memang sangat marah! Ibu saya datang ke sekolah pada keesokan hari dan buat aduan mengenai guru-guru terbabit. Ibu merupakan sistem sokongan terbaik saya,” katanya.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 33, pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“kalau dia tak jawab nampak sangat dia b0doh kan” – Pengarah Nur Bid4s Kenyataan Zed Zaidi Kata Drama Malaysia ‘Sy0k Sendiri’ Punca G4gal Di Negara Jiran
Next articleEira Syazira Terkejvt Dapat Memiliki ‘Rumah Impian’ Hadiah Daripada Suami Tercinta Selepas 13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here