Home Petua Tips Malaysia catat kem4tian keempat, jumlah masuk ICU meningkat

Malaysia catat kem4tian keempat, jumlah masuk ICU meningkat

170
0

Malaysia mencatatkan kes kem4tian keempat akibat jangkitan C0v-19.

Selain itu, perkembangan terbaru juga menyaksikan jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa keempat ialah pesakit kes-238 yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Pesakit itu, yang dimasukkan wad di Melaka pada 12 Mac lalu, merupakan antara yang mempunyai kaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh,

Sementara itu terdapat 153 kes j4ngkitan baru di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 1,183.

Sebanyak 90 kes setakat ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

Pada 20 Maca lalu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri menggesa baki 4,000 peserta perhimpunan tabligh masjid Seri Petaling tampil menjalani ujian C0v 19.

Ismail berkata p0lis telah mengenal pasti individu-individu yang telah menghadiri perhimpunan itu pada 28 Februari lalu.

Perhimpunan tabligh yang diadakan di ibu kota itu dikatakan dihadiri 16,000 peserta, dengan 14,500 daripada jumlah itu merupakan warga tempatan.

Sumber : malaysiakini

Previous articleC0v-19 ragvt satu lagi ny4wa dah jumlah semua dah 3 orang
Next article“Jangan Sampai Saya Bertukar Jadi Macam Azwan Ali” – P0lis Hilang Sabar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here