Home Petua Tips Rupanya Ini Kisah Sebenar Wanita Mngamuk Bila Anak Umur 1 Tahun Kena...

Rupanya Ini Kisah Sebenar Wanita Mngamuk Bila Anak Umur 1 Tahun Kena Sman Tak Pakai Mask

172
0

Tndakan yang tidak munasabah.

Itu komen Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu tular seorang kanak-kanak berusia setahun yang dikomp.aun oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka.

Menurut Ismail, pihak pengurusan kondominium itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan tin.dakan sedemikian.

” Arahan memakai pelitup muka atau sebarang prosedur operasi standard (SOP) berada di bawah Akta Pencgahan dan Pengawalan Pnya.kit Berjng.kit 1988 (Akta 342), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

” Tin.dakan mengeluarkan komp.aun boleh diberikan kepada KKM dan mereka yang diperturunkan kuasa oleh KKM, yang mana setakat hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa itu.

” Setakat ini kita tak bagi kuasa kepada pengurusan kondominium, apartment mahupun pejabat mana-mana untuk ambil tin.dakan.

” Apa yang dilakukan oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang itu tak boleh dilakukan, harap mereka tarik balik komp.aun RM100 yang diberi kepada kanak-kanak usia setahun itu.

” Komp.aun budak umur 1 tahun pula tu, tin.dakan tak munasabah,” katanya dalam taklimat sidang media pada Khamis petang.

Dalam pada itu, Ismail turut mengulas isu empat pelajar berusia 17 tahun yang keluar dalam satu kereta yang pemandunya disa.man RM1,OOO kerana didakwa mela.nggar SOP kerana kesemua mereka tinggal berasingan.

Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan berhubung isu had penumpang dalam sesebuah kenderaan.

” Tidak pernah disebutkan, mengatakan hanya daripada rumah sama. Jadi bermakna kalau tidak disebut, bermakna tidak timbul isu kena alamat sama dan sebagainya.

” Bebas dari segi penumpangnya, bebas dari rumah berbeza, asalkan ikut kapasiti tempat duduk.

” Daripada rumah berbeza pun boleh, bukan rumah sama,” jelasnya lagi.

Terdahulu tular di media sosial apabila seorang wanita yang juga ibu bayi terbabit berkongsi surat yang dikeluarkan oleh pengurusan kondo berhubung komp.aun yang dikenakan ke atasnya.

Antara lain kandungan surat itu memaklumkan bayi wanita itu menerusi rakaman CCTV dalam lif didapati tidak memakai pelitup muka dan denda RM100 perlu dijelaskan dalam masa 7 hari.

” Gambar/ klip video ini adalah bukti bahawa anda tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif. Anda perlu menjelaskan denda dalam masa 7 hari dari tarikh surat dikeluarkan,” tulis pengurusan kondo terbabit.

 

 

Selain itu wanita terbabit turut berkongsi tangkap layar perbualan di Whatsapp dengan pihak pengurusan kondo yang memetik peraturan mengenai pemakaian pelitup muka di mana orang ramai wajib memakainya termasuk ketika berada di dalam lif.

” KKM tak ada cakap dalam lif dikecualikan memakai mask. COVlD-19 tak pilih umur,” tulis pihak kondo terbabit.

Bagaimanpun wanita terbabit membalas mesej itu dengan mengatakan budak 1 tahun berkecuali.

” Satu tahun tak wajib!. Okay apa-apa tak puas hati boleh buat laporan polis. Hanya polis atau pihak berkuasa boleh keluarkan denda,” balas wanita itu.

Sumber:hmetro dan FB Info Roadblock JPJ/ Polis

Previous articleIbu Yati mengucap syahadah, bersumpah tidak wujudkan agama Melayu
Next articleAnak baru lahir dibacakan al-Quran, Ayah hensem ini contoh terbaik kepada semua lelaki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here