Home Petua Tips ‘Dengar Kata 1 Kampung Pening Lalat Je Nak Undi Kak Lina’ Betul...

‘Dengar Kata 1 Kampung Pening Lalat Je Nak Undi Kak Lina’ Betul Ke? Elly Mazlein Berseloroh Suruh Fans Undinya Dalam AME 2020

240
0

Penyanyi dan pelakon yang kini kian menyerlah dalam bidang pengacaraan, Elly Mazlein menerusi Instagram ada bertanya adakah akan ada peminat yang akan mengundinya dalam Anugerah MeleT0p 2020 (AME) bagi kategori Artis Versatil MeleTop yang dibawakan oleh Syok.

Tulisnya secara humor, bintang itu sekadar bertanya dan meminta peminat untuk meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Kakak lina ade 1 syair air mata.

Ade ke org nak undi utk kakak lina kategori university of Artis versatil Melet0p?

“Dgr kata 1 kampung pening lalat je nak undi kakak lina .. betoi ke? Kampung talam 5 muka kata, dia org Belum kompom lg.

“Tp kampung lord of the cincin , Dah kompom nak undi. Persatuan jahit kain tepi ckp dia org nak meeting dulu.

“Persatuan kelepet duit kata ,tgk budget kelepet dpt berapa byk baru bole buat keputusan yg katulistiwa. Kakak lina tanya je. Sed1h x ayat di atas?

“Sila komen kepom nak baca nih… agitchuuuuuu,” jelas penyanyi Merry Go Round terbabit.

Terdahulu, barisan top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingan tahun sudah pun diketahui menerusi satu sidang media khas yang dilangsungkan pada Selasa.

Bagi kategori berkenaan, Elly berentap dengan empat calon lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Jihan Muse, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Khai Bahar.

AME2020 bakal berlangsung pada 12 April, di Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan secara terus menerusi Astro Ria dan Ria HD jam 9.00 malam. Setiap undian boleh dilakukan menerusi laman web khas serta undian SMS, bermula semalam sehingga 12 April, jam 12.00 tengahari.

 

Apa apapun kita doakan kak Lina Pom Pom kita ni dapat memenangi anugerah ini sempena beliau telah melangsungkan
perkahwinannya baru baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MH

Previous article“Rayfal Dan Jemyma Selalu Minta Nak Adik Perempuan” Amboi Cantiknya, Seri Ibu Hamil Fasha Sandha Makin Jelas Kelihatan
Next articleDijemput Ilahi Ketika Dlm Tidur, Pelakon Yana Samsudin KehiIangan Insan Tersayang. Ini Luahan Hati Yana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here