- semasa

‘Kalau Sayang Rujuklah Kembali’ Pentingkan Keluarga Dulu Sebelum Pentingkan Yang Lain

Pelakon Fizo Omar tidak menafikan masih menyayangi bekas isterinya, Mawar Karim yang diceraikannya semalam.

Jelas Fizo, kasih sayang itu masih berbaki selaku ibu kepada anak tunggal mereka, Wan Maryam, 2 tahun.

“Saya tak menafikan sekiranya jodoh kami panjang dengan izin Allah, saya serahkan pada takdir.

“Saya masih sayang dan kasih pada Mawar sebagai ibu kepada anak saya. Terima kasih banyak-banyak kerana menjadi ibu terbaik kepada Maryam. Saya banyak terhutang budi pada Mawar,” kata Fizo kepada Gempak.

Fizo dan Mawar telah memilih keputusan untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada pagi Rabu.

Ditanya soalan sama kepada Mawar, usahawan tudung popular itu dia lebih rela mengunci mulut.

“No comment,Saya tak boleh komen banyak-banyak sebab perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya takut apa yang saya cakap nanti disalahertikan orang luar.

“Perkara ini masih baru dan saya akan melakukan yang terbaik dan menjadi kawan terbaik kepada Fizo,” ujarnya.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Video

Ada Komen dari Netizen yang menyatakan pentingkan keluarga kita dahulu sebelum pentingkan yang lain kerana kita kena bertanggungjawab pada masa depan anak dan arah tuju kita.Dalam Islam kita masih diberi peluang jika sudah jatuh satu talak masih tinggal dua lagi,kita doakan demi hidup yang bahagia dalam mengejar dunia dan akhirat lupakan apa orang kata walaupun keluarga kita sendiri dengan syarat kita tidak derhaka pada orangtua kita.

Semoga Allah SWT memberi hidayah pada pasangan ini agar rujuk kembali demi masa depan anak dan keluarga yang gemilang dunia dan akhirat,in Sha Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *