- semasa

Kalau Sudah Berumahtangga Buatlah Cara Orang Berumahtangga Jangan Aniaya Sesiapapun

Tengok orang berumahtangga, kita pun nak juga tetapi kurang pandai menghargai. Itulah masalah yang makin menjadi-jadi dalam hubungan suami isteri. Dan semalam kecoh di media sosial dengan dua kes rumahtangga artis, yang salah satunya sudah pun berakhir dengan penceraian. Bukan nak menyokong keputusan yang tak disukai Allah itu, tetapi kalau peluang yang diberi langsung tak dihargai… rasanya lebih bahagia belajar melepaskan.

Nampak mudah tetapi bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan masa depan anak-anak. Dan disebabkan kes ini, ada sedikit nasihat buat pasangan suami isteri yang sudah sah mejadi hak orang.

Buatlah Perangai Macam Orang Dah Berumahtangga

Ya, semua orang ada kisah silam dan pernah jadi jahat atau sedikit nakal. Tetapi bila sekali kita memilih untuk menamatkan zaman bujang, itu maknanya kita memilih untuk bertanggungjawab pada anak orang.

Dan andai berniat untuk mendirikan rumahtangga, kita kena pilih juga untuk menamatkan perangai-perangai buruk kita dan kelakuan ‘tak berapa comel’ sebelum ini. Tolong buang jauh-jauh, tinggalkan dan lupakan. Skandal-skandal zaman bujang itu patut di ‘flush’ dan jangan diberi masuk dalam kamus rumahtangga.

Hargai Pasangan Dan Jadi Orang Bertanggungjawab

Mulakan hidup sebagai orang baru dengan akhlak yang baru, matlamat yang baru ke arah menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Untuk isteri, anak-anak dan keluarga tersayang.

Ciri-ciri Suami isteri yang baik

Buat golongan lelaki, anda patut tahu bila untuk berhenti daripada menjalani dan mengamalkan kehidupan yang tak membawa erti dalam rumahtangga kita sendiri.

Sudah lah, cukup-cukuplahlah menganiaya anak orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin ada yang jenis seronok bila ada orang luar bagi peluang untuk tumpang kasih sayang tetapi percayalah, keseronokan tu tak kekal lama. Yang akan kekal hanyalah KUDIS dan sebuah penyesalan.

Bukan Tak Boleh Berkongsi Kasih TetapiKalau benar wanita ini lemah, dah lama dia rebah tetapi kenapa sampai hari ini dia masih kuat dan mampu bertahan? Semua kerana anak dan tak mudah nak padam kenangan bersama orang yang pernah dia sayang.

TETAPI patut ke dia letak hatinya di bawah demi orang lain? Salah,Meletakkan sesuatu tidak kena dengan tempatnya itu dipanggil menganiaya dan berapa ramai suami menganiaya isteri pada zaman sekarang? Cuba jawab…

Yang bertambah sedih dan malang, dapat pula suami yang tak membantu langsung untuk pulihkan hubungan, jenis suami yang lepas tangan. Lagilah membuatkan isteri berani dan nekad untuk belajar MELEPASKAN.

Walaubagaimanapun kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana kuasa kita sebagai manusia terhad kita tidak tahu dan kita tidak boleh menuduh sembarangan kerana kita juga manusia yang lemah tidak tahu hati budi orang.Sebarang anggapan akan menambah benda yang tidak baik dan Allah SWT melarang takut jadi fitn4h dan sebagainya.Kita tidak boleh menuduh dan berserahlah pada Allah SWT dan kita doakan sesiapa yang sudah berumahtangga supaya mengikut segala perintah Allah SWT dan RasulNya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *