Home Petua Tips ‘Ramai Yg Seolah Olah Menyalahkan Kami’ Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan...

‘Ramai Yg Seolah Olah Menyalahkan Kami’ Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan Perintah Berkurung 2 Minggu

281
0

Penduduk 2 kampung menafikan lonjakan luar biasa angka jangkitan C0v-19 membabitkan mereka berpunca daripada ketidakpatuhan kepada perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas.

Dua kawasan di Johor itu kini berdepan sekatan menyeluruh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula malam tadi dan dijadual berakhir pada 9 April depan.

Kira-kira 3,500 penduduk daripada 650 keluarga di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, kedua-duanya di Simpang Renggam, Kluang, kini berdepan sekatan menyeluruh selama 2 minggu.

Mereka tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing, walaupun untuk membeli keperluan asas, tidak seperti yang tempuhi oleh rakyat Malaysia yang lain.

Pihak berkuasa mengesahkan langkah itu dengan berkata, 61 daripada 83 kes Cov-19 dilaporkan di Kluang didapati berasal dari 2 kawasan itu.

Antara yang terkesan dengan perkembangan itu ialah Intan Nurdiyana Masekh, 26 tahun.

Beliau menafikan virvs itu menular disebabkan ketidakpatuhan penduduk kepada perintah kawalan pergerakan.

“Ramai yang seolah-olah menyalahkan kami penduduk kampung, dengan menuduh kami deg1l dan melanggar perintah kawalan,” katanya kepada FMT dalam keadaan berkurung di rumah.

“Selepas perintah kawalan bermula, kampung sunyi. Tak ada orang yang keluar rumah.”

Beliau juga menafikan keadaan menjadi kacau-bilau.

“Memanglah dalam kumpulan WhatsApp komuniti kami, ada pihak yang bimbang.”

Katanya, keresahan itu wajar kerana ramai penduduk merupakan warga tua yang berisiko. Beliau sendiri tinggal bersama-sama ibu bapanya yang telah tua, suami dan anak-anak.

“Kami bimbang kerana ramai dalam kalangan penduduk golongan berusia. Masyarakat kampung memang rapat dan sebelum berlakunya krisis C0v-19, masjid sentiasa penuh dengan kelas membaca al-Quran serta perayaan dan pelbagai mesyuarat di dewan orang ramai.

“Keadaan bertukar menyedihkan kerana ada jiran kami yang meninggal dunia, tetapi apakah yang boleh kami buat selain berdoa di rumah masing-masing?

Timbul persoalan berhubung laporan bahawa 2 guru agama di surau setempat, iaitu Masjid al-Huda, menghadiri himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, yang dilihat sebagai pusat jangkitan kes C0v-19 di negara ini.

Sekembali dari himpunan itu mereka mengajar kelas agama dan mengimamkan solat berjemaah di surau berkenaan. Mereka juga menghadiri kenduri perkahwinan di kampung.

Namun pada waktu itu, rakyat belum memahami kesan buruk C0v-19, sementara larangan ke atas perhimpunan dan sekatan pergerakan belum diumumkan.

Dari 16 Mac, Kementerian Kesihatan memeriksa keseluruhan kampung dengan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Mereka memeriksa kad pengenalan kami dan bertanya jumlah anggota isi rumah. Mereka yang paling berisiko dibawa ke pusat kuarantin,” kata Intan.

Intan mengetuai bekalan makanan untuk keluarganya sebaik sahaja perintah kawalan diumumkan.

“Kami membeli makanan untuk bekalan sebulan kerana takut untuk keluar rumah,” katanya.

Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan yang diperketat, pihak berkuasa akan mengagihkan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di 2 kawasan ini.

Pandemik Cov-19 setakat ini telah mengorbankan 23 ny4wa di Malaysia, sementara lebih 2,000 yang lain ditempatkan di hospital di seluruh negara.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : bankami

Previous articleSudah Sembilan P0sitif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
Next articleWalau Sudah ‘Mohon Maaf’ Tapi Azwan Ali kena denda RM17,000 juga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here