Home Petua Tips “Kantoi Bincang Nak Bantu Abang Burger Lepas Kena K3cam..” – Netizen Persoalkan...

“Kantoi Bincang Nak Bantu Abang Burger Lepas Kena K3cam..” – Netizen Persoalkan ‘Niat’ Sebenar Neelofa Memuat Naik Gambar Burger

273
0

Sejak semalam nama pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjadi perbualan hangat di media sosial Twitter lebih-lebih lagi setelah kenyataan rasmi mengenai jumlah kompoun Neelofa dikeluarkan. Difahamkan, jumlah kompoun Neelofa adalah sebanyak RM60 ribu iaitu RM20 ribu dikenakan ke atas Neelofa, RM10 ribu ke atas Haris Ismail dan RM30 ribu ke atas keluarganya. Setelah pengumuman itu dimuat naik, rata-rata daripada netizen mengaitkan isu kompoun Neelofa dengan Wan Muhammad Faisal, seorang penjual burger yang dikompoun sebanyak RM50 ribu semalam.

Dalam masa yang sama, Neelofa telah memuat naik sebuah gambar burger berserta kapsyen “Moreh burger malam ni meh” menerusi Insta Story miliknya. Setelah itu muncul kontroversi apabila ramai di kalangan netizen yang tidak berpuas hati apabila Neelofa seakan tiada ‘perikemanusiaan’ dek kerana dikatakan seperti ‘menyindir’ nasib malang yang menimpa Faisal. Reaksi netizen membuatkan Neelofa berasa kecewa kerana netizen berfikiran negatif terhadapnya dan salah sangka mengenai kenyataannya.

Baca juga: RM20k VS RM50k, Wargamaya Bandingkan Kompaun Neelofa Dengan Penjual Burger

Menurutnya, gambar burger tersebut bukanlah niatnya untuk memerli. Malah, katanya, sebelum gambar tersebut dimuat naik di Insta Storynya, difahamkan peguam Neelofa telah menelefon Faisal dengan tujuan untuk membantu Faisal menyelesaikan kompoun yang dikenakan kepadanya.

Setelah ‘dikecam’ oleh orang ramai di media sosial akibat daripada gambar burger tersebut, Neelofa telah memadam Insta Story tersebut lalu memuat naik sebuah gambar perbincangan di aplikasi whatsapp berkenaan isu membantu kompoun Faisal yang berlangsung pada jam 3  petang sebagai bukti untuk menjelaskan isu mengenai gambar burger tersebut.

Namun, kenyataan Neelofa itu mencetuskan persoalan netizen apabila mereka mendapati gambar burger tersebut dimuat naik pada jam 2 petang sedangkan perbincangan di whatsapp miliknya berlaku pada jam 3 petang. Justeru itu, persoalan netizen tentang ‘niat’ Neelofa untuk membantu Faisal menjadi tanda tanya selepas Neelofa dilihat ‘terkantoi’ apabila tempoh masa perbincangan di WhatsApp berlaku selepas Neelofa memuat naik gambar burger. Alamak, biar betul?

Namun begitu, masih belum ada kenyataan yang disampaikan oleh pihak Neelofa mengenai isu ini. Apa-apa pun, semoga kita semua tabah dan ‘husnuzon’ dalam setiap perkara yang terjadi. Apa kata, kalau tiada benda baik untuk diperkatakan, lebih baik kita berdiam diri sahaja. Kan elok tu daripada menyimbah minyak ke atas api yang tengah marak. Hiks!

Baca juga: Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleFilem Rusia ‘Kursk’ Jadi Trending, Adaptasi Tragedi Nahas Kapal Selam Terburuk Dalam Sejarah
Next articleAddy Kana Dibeb4skan Dari Tah4nan Serta-Merta. Ini Alasan Hakim Buat Ramai Berasa Cukup Hairan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here