- TIPS

Kebaikan Mandi Ais dengan Limau Penawar Badan Yang amat Mujarab

Kalau badan sakit2 dan bisa2 badan atau banyak angin terkumpul, eloklah amalkan mandian ini yang menjadi penawar bisa badan malahan mampu menghindari gangguan jin dan makhluk halus. – Ustaz

Mungkin ada yang belum tahu tentang mandian ais dan apakah kebaikan mandi ais dalam Islam yang juga dikatakan mandian terapi diri yang baik untuk kesihatan serta sebagai cara menghilangkan sakit kepala, buang angin dalam badan, susah tidur, gangguan makhluk halus dan banyak lagi kelebihan dan kebaikan mandian ini.

Ikuti perkongsian seorang ustaz cara buat mandian ais sendiri dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang menerangkan petua tradisional cara mandi ais dan limau menggunakan limau nipis dan ais batu yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Mandi Ais dan Limau Nipis Buka peti ais tengok ada limau nipis, kebetulan dah beberapa hari tak mandi ais. Badan pun dah bisa. Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais. Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi dengan mandian ais batu.

Cara untuk membuat mandian ais adalah dengan menggunakan limau nipis sebanyak 5 biji atau lebih mengikut kehendak sendiri. Kemudian potongkan limau menjadi dua bahagian seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Mandi ais dalam perubatan Islam

Limau nipis adalah bahan utama untuk membuat mandian ais selain air batu. Anda perlu memerahkan potongan limau itu ke dalam baldi. Jika ada air kolah masjid masukkan sedikit air kolah ke dalam baldi, air kolah boleh didapati dari mana-mana masjid berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Setelah selesai, perahkan limau dan masukkan campuran semua air, anda perlu memasukkan sedikit air batu atau ais batu ke dalam baldi. Anda perlu memastikan campuran mandian ais ini menjadi sejuk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rendam kaki dalam ais cara buang angin

Ais digunakan untuk menyejukkan air yang dibuat khas untuk mandian ini.
Selepas mandian ais ini sejuk dan anda bersedia untuk mandi, anda perlu membaca ayat-ayat Al-Quran seperti berikut bersertakan doa dan niat kenapa anda ingin mandi.

Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali

Bismillah 5 baca sebanyak 7 Kali

Surah Al ikhlas 7 kali

Selawat sebanyak 7 kali

Sekiranya anda ingin mandi di bilik air, pastikan anda angkat baldi tersebut dan baca ayat-ayat di atas di luar bilik air terlebih dahulu.

Setelah selesai semua bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terus mandi. Jika tidak tahan sejuk disebabkan ais batu, anda perlu mulakan dengan jirus dari bahagian kaki atau rendam kaki dalam ais. Jika mampu bertahan, mandi saja dari kepala dan lebihkan siram di di belakang dan belakang tengkuk.

Adalah sebaiknya air mandian digunakan untuk mandi dan meratakan air ke seluruh tubuh badan supaya ianya mujarab dan lebih berkesan jika dimandikan secara keseluruhannya.

Cara mandi ais sendiri di rumah
Share

Cara begini jika anda amalkan, jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar semua angin dalam badan. Sekiranya ada gangguan jin dan makhluk halus Insha Allah akan berkurangan, sifat jin memang tidak tahan dengan sejuk kerana jin diciptakan dari API.

Sekiranya lepas Mandi anda merasa loya, pening, nak muntah, sendawa. Itu maknanya di dalam tubuh anda ada gangguan. Jika dalam badan ada gangguan yang lama, selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya.

Sekiranya anda amalkan dan buat dengan kekerapan mandian ais ini sebanyak 3 hari sekali. Insha Allah dengan izin Allah badan akan rasa lebih segar.

Waktu sesuai mandi ais adalah sebaiknya selepas subuh atau sebelum waktu Maghrib. Jika anda kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi dan bisa-bisa dalam badan, ianya sangat sesuai anda amalkan mandian ais ini.

Semua itu atas keyakinan anda sendiri dengan Izin Allah Insha Allah pasti akan sembuh. Kita hanya doa dan ikhtiar. Kesembuhan semuanya atas izin Allah.

Pesakit saya atau sesiapa yang pernah buat mandi ais ini sila share pengalaman mandi ais dan apa yang anda rasa selepas mandi dengan cara begini di bahagian komen. Ada yang sampai jadikan mandian ini adalah mandian harian, badan akan segar sangat-sangat.

Tanda-tanda Gangguan Jin atau Makhluk Halus

Gangguan makhluk halus atau jin mampu merosakkan manusia itu sendiri yang terkadang tidak disedari.

Sakit belakang berat tengkuk

Sakit kepala kerap magrain

Sakit seluruh sendi badan

Sakit dada Dan kerap sesak nafas

Dahi rasa berat cepat mengantuk siang hari

Kerap kembung perut, sendawa angin

Berdebar-debar tanpa sebab bila tiba waktu Maghrib

Badan jadi panas demam bila masuk waktu Maghrib

Kitaran haid tidak menentu bagi wanita

Perut sakit seolah dihiris-hiris

Cepat panas baran

Sukar tidur malam gelisah dan kerap tersentak ketika tidur

Kerap ditindih ketika tidur

Kerap terdengar bisikan makhluk halus

Di atas bumbung rumah kerap dibaling pasir dan bunyi guli

Kerap terbau busuk, kemenyan, colok

Kerap ternampak kelibat bayangan hitam

Kerap bermimpi bermain budak kecil dan menyusu budak

Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi

Kerap bermimpi tempat kotor busuk

Kerap bermimpi sesat dalam hutan

Kerap bermimpi binatang berbisa, ular jengking dan lipan

Kerap mimpi orang mati

Di atas adalah tanda tanda yang kerap berlaku bagi orang yang terkena gangguan jin, sihir dan saka. Sekiranya banyak tanda-tanda tersebut berlaku pada diri anda, saya nasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran. Semoga cara buat mandi ais sendiri di rumah ini dapat dijadikan panduan pada kita semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Ya.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via alerttvmalaysia .com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *