Home Petua Tips Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) To Pa C3dera Terlibat Kem4langan

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) To Pa C3dera Terlibat Kem4langan

112
0

PETALING JAYA : Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang menteri prah selepas kereta dipandunya terlnggar objek dipercayai besi di tengah jalan di Kilometer 14.6 Lebuhraya Utara Selatan hala ke Damansara di sini hari ini.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa merupakan SUSK kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku ketika lelaki berusia 47 tahun terbabit memandu Proton X70 disyaki terl.nggar besi di tengah lebuh raya yang menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar penghadang kiri jalan.

Kata beliau, objek berkenaan berkemungkinan terjatuh dari lori yang melalui jalan berkenaan kerana tiada kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar kawasan terbabit ketika itu.

“Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara dan disahkan patah tulang hidung dan bahagian pipi.

“Sementara, kereta mangsa mengalami kerosakan di pelbagai bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Nik Ezanee, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 03-79662176,” jelasnya.

Sumber UTUSAN ONLINE

Previous articleTvlar Smbilan Wanita Bajau Laut Ta Pkai Pelitup Muka Kena Smn RM10 Ribu Penj4ra 6 Bulan Tika Mnta Sedekah.Sekali Ini Respon Polis
Next articleSebelum ni dah pernah jadi sekali, malam AJL jadi lagi Insiden Nabila Razali ‘terkucil’. Ini sebabnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here