- HIBURAN

‘Kemelut Janna Nick dan Sheila Rusly Tentang Anak Lelakinya’ Akhirnya Jinggo Suami Sheila Buka Mulut

“VIDEO yang saya rakam ini tidak menyindir mana-mana individu termasuk Janna Nick. Ia dibuat secara spontan dan tiada kaitan dengan sesiapa,” kata pengarah produksi, Azman Yahya atau Jinggo.

Suami kepada pelakon, Sheila Rusly itu menegaskan, menerusi video dimuat naik di Instagram (IG), hari ini, dia tidak menujukan sebarang sindiran kepada pelakon, Janna Nick.

Biarpun tidak menyebut nama, ada dalam kalangan pengikut IG mengaitkan Janna Nick selepas Jinggo mengatakan perempuan yang cantik sering mendatangkan masalah kepadanya.

Jinggo yang dihubungi berkata, terpulang kepada mana-mana pihak untuk mentafsir kerana jika berfikir negatif ia akan menjadi negatif.

Jinggo tidak menyindir Janna Nick atau sesiapapun dalam video yang dimuat naik di IG nya

“Setiap hari saya memuat naik video di IG dan bercakap umum kepada pengikut. Memang kami suka bergurau bersama kru dan pelakon seperti Ayda Jebat yang memahami.

“Lagi pun, saya tidak cakap nama mana-mana orang. Jika dilihat dalam video yang dimuat naik di YouTube sebelum ini, saya akan bercakap tanpa mengkhususkan kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, pemikiran orang ramai tiada kawalan dan ia terpulang pada tafsiran masing-masing.
“Saya buat IG bukan untuk mendapatkan wang. Ia cuma kaedah untuk berfikir dan aktif memandangkan saya adalah pengarah produksi,” katanya.

Sementara itu, Janna Nick yang dihubungi memberitahu belum menonton video dimuat naik Jinggo di IG berkenaan.
Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *