Home Petua Tips Najib Kemuka Permohonan Dilepaskan Disebabkan Ini

Najib Kemuka Permohonan Dilepaskan Disebabkan Ini

169
0

KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan permohonan agar beliau dilepaskan daripada pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan bahawa pembelaan berhasrat mengemukakan permohonan itu atas alasan pertuduhan terhadap Najib adalah tidak berasas.

Beliau berkata, pertuduhan pindaan yang dicadangkan pendakwaan juga membawa kepada implikasi yang serius terhadap kes pembelaan.

“Semalam saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada saksi pendakwaan (keempat iaitu bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa).

Tuduhan Tidak Berasas

Kami akan pertimbangkan sama ada akan mengemukakan permohonan itu hari ini atau pada pendengaran seterusnya atas alasan pertuduhan itu adalah tidak berasas dan Yang Arif harus membebaskan anak guam saya.

“(Ini kerana) jika pindaan (terhadap laporan audit 1MDB) dilakukan sebelum ia dimuktamadkan sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan, maka tidak ada kesalahan dilakukan. Oleh itu, pindaan ini (yang dicadangkan pendakwaan) akan menukar kedudukan kes secara mendadak.

“Oleh itu, saya akan memaklumkan perkara ini kepada anak guam saya dan akan menerima arahan penuh daripada beliau. Yang Arif perlu memutuskan isu ini sebelum kita meneruskan perbicaraan kerana jika tidak, perkara ini adalah tidak adil kepada anak guam saya,” katanya ketika membantah pertuduhan pindaan yang dicadangkan pendakwaan.

Akan Didakwa ikut Akta

Najib, 67, berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan agar pindaan dilakukan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dimuktamad dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu dalam usaha melindungi bekas perdana menteri tersebut daripada diambil tindakan.

Mereka didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukum4n maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda amaun r4suah atau RM10,000 berdasarkan mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan berhasrat mengemukakan dua pertuduhan pindaan terhadap Najib dan Arul Kanda serta meminta agar kedua-duanya ditandakan dan dibaca kepada mereka.

Bagaimanapun, pertuduhan pindaan yang dicadangkan itu tidak dibacakan kepada kedua-dua tertuduh.

Muhammad Shafee juga berkata, perbezaan yang terdapat dalam pertuduhan pindaan yang dicadangkan pendakwaan ialah ayat “dengan cara mengambil tindakan mengarahkan laporan pengauditan 1MDB yang telah dimuktamadkan.”

“Sebelum ini, ayatnya ialah ‘yang sedang disediakan’, kini (dalam pertuduhan pindaan yang dicadangkan) ayatnya ialah ‘yang telah dimuktamadkan,’ oleh itu terdapat perbezaan yang ketara,” katanya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pendakwaan iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pembelaan seharusnya memfokus kepada kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata berdasarkan keterangan bekas Ketua Audit Negara Tan, Sri Ambrin Buang; pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Datuk Nor Salwani Muhammad dan bekas Pengarah JAN Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, kes pendakwaan amat logik.

“Kami tidak mengemukakan sesuatu yang baharu kepada pembelaan. Jadi, bagi kami tidak ada isu besar berhubung pertuduhan itu,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, beliau akan memberikan masa kepada kedua-dua pihak untuk menyediakan hujahan berhubung perkara itu dan menetapkan 24 Jun sebagai tarikh pendengaran hujah.

Beliau turut mengosongkan tarikh perbicaraan bagi hari ini dan esok serta menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya yang bermula 12 Oktober hingga 16 Oktober dan 7 Disember hingga 10 Disember.

Sumber : Sinarharian

Previous articleMalaysia Airport Dah Minta Maaf Tapi Nourul Suruh Tonton Videonya “Sila Dengar Dan Tonton Dgn Mata Kepala Yg Tenang”
Next articleAkhirnya Polis Panggil Hannah Yeoh Dan Siti Kasim Ada Kaitan Dgn ‘Keamanan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here