Home Petua Tips “Apa S4lah Kami” Kedai Tiada Pelanggan Pun Kena Kompaun.Isteri Minum Kat Belakng...

“Apa S4lah Kami” Kedai Tiada Pelanggan Pun Kena Kompaun.Isteri Minum Kat Belakng Kedai pun Kn Kompaun

202
0

“Saya tidak boleh tidur malam beberapa hari memikirkan apa kesalahan kami. Sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai.” ini antara luahan pemilik premis
Encik Hong Chee Sheng yang dikompoun kesalahan PKP.

Johor Bahru Tindakan pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, yang memberi kompaun kepada pemilik premis menjual seragam sekolah ketika tiada pelanggan mengundang persoalan.

Pemilik premis, Hong Chee Sheng, 52 berkata, kompaun diberikan terhadap dia dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, semasa pemeriksaan di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini pada Ahad lalu.

Katanya, ketika kejadian tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai.

“Kerana tiada pelanggan, saya yang berada di kaunter menanggalkan pelitup muka.

“Manakala isteri berada di bahagian belakang sedang menikmati minuman juga tidak memakai pelitup muka. Anak saya berusia 12 tahun berada di dalam kedai.

“Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka cakap dengan kuat sebagai penguat kuasa mahu memberi kompaun kerana tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.

Chee Sheng berkata, dia merasa pelik kerana isterinya yang pada ketika itu sedang minum di belakang turut dikompaun.

Katanya kompaun yang dikeluarkan RM1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.

“Saya tidak boleh tidur malam beberapa hari memikirkan apa kesalahan kami. Sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai.

“Jumlah itu besar bagi kami yang berniaga kerana keadaan ekonomi juga tervk ketika ini,” katanya yang mahukan penjelasan.

Sementara itu, Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata seharusnya mereka memberi nasihat, kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.

Katanya, dalam Akta tiada menyatakan perlu memakai pelitup muka 24 jam di dalam premis.

“Ia bergantung kepada keadaan, sekiranya kawasan kedai itu sesak dan terdapat pelanggan tetapi mereka tidak pakai pelitup muka, memang perlu dikompaun.

“Tetapi dalam kedai pada waktu itu hanya pemilik berada dikaunter, isteri pula sedang minum. Minum mana perlu pakai pelitup muka.

“Saya mohon peniaga yang mempunyai masalah seperti ini agar tampil membuat aduan. Saya akan ajukan masalah ini kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan, bagi suarakan masalah ini di Parlimen,”katanya.

Sementara itu, KPDNHEP negeri Johor dalam satu kenyataan balas berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu dua kompaun yang dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasanya terhadap peniaga terbabit.

“Pihak kami memperoleh laporan pengkompaunan yang dirujuk dan sedang meneliti asas tindakan yang dikenakan kepada peniaga berkenaan.

“Sekiranya didapati terdapat asas kompaun tidak sepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan syor supaya kompaun tersebut dipertimbangkan semula.

“KPDNHEP akan menghubungi peniaga-peniaga yang berkenaan perkembangan perkara ini selanjutnya,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleTrjawab Msteri KehiIngan Amirul. Rupanya Betul Dia DicuIik Dan Dia Ceritakn Satu Persatu Apa Yg Terjadi
Next articleP0tong Tak Lepas Terus Lnggar Dan Lari. Akibatnya Bapa,Anak M4ut Dlm Nhas Tiga Knderaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here