Home Petua Tips Covid-19: KKM kesan satu mutasi lebih g4nas, jangklti 120 individu – Dr...

Covid-19: KKM kesan satu mutasi lebih g4nas, jangklti 120 individu – Dr Noor Hisham

282
0

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi vlrus tersebut boleh bertindak lebih g4nas sehingga menjangklti 120 pesakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjngkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan vlrus dan kultur tersebut.

Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua.

Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif C0VID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya.

https://youtu.be/g9GXhBvYIvw

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendkwa mengesan 10 mutasi berbeza, di mana slah satunya disifatkan lebih berb4haya.

Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.

“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.

“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.

Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan.

Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.

“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.

“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.

Sumber : cinca

Previous articleEtnik R0hingya Patut Dihantar Pulang ke Myanmar – Datuk Shahul Hamid
Next articleLew Yun Pau, Dari Anak Cina Yg Mencari Tuhan Kpd Ebit Irawan, Jutawan Beriman Yg Pemurah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here