Home Petua Tips “Tak kenal sempadan” – Ketua Pengarah KKM sahkan 15 petugas kesihatan p0sitif...

“Tak kenal sempadan” – Ketua Pengarah KKM sahkan 15 petugas kesihatan p0sitif C0v-19, seorang di ICU

234
0

BERKHIDMAT sepenuh hati dalam berdepan wabak C0v-19, tanpa kita sedari petugas barisan hadapan (frontliner) juga manusia biasa seperti kita.

Terbaharu, 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga lagi daripada sektor kesihatan swasta turut dijangkiti wabak itu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook pada Jumaat petang

“Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangk1ti v1rus

C0v-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

“V1rus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini,” ujarnya.

Malah, Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar duduk di rumah bagi membantu memudahkan urusan pihak berkuasa termasuklah KKM.

Orang ramai digesa mematuhi arahan KKM dan pihak berkuasa.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut mendapat perhatian ramai dan dihujani pelbagai komen sejurus ia dimuatnaik.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan KKM, tak kurang juga menyelar rakyat Malaysia yang masih ingkar arahan kerajaan khususnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan pada Rabu.

“Ya Allah berilah sinar cahaya yg terbaik untuk petugas petugas kesihatan, kami doakan anda selalu.

“Ya Allah sembuhkanlah mereka yang bertungkus lumus berkhidmat untuk masyarakat ni.

“Semoga diberikan ganjaran oleh Allah.

‘Yang masih degil tolonglah bagi kerjasama, stay at home,” tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articleAda Sorang Ni Tulis’Kalau Datin Failkan Cer4i Tolong Tinggalkan Rumah Besar Dato Aliff’ Tapi Respon Datin Memang Win Habis
Next articleC0v-19 ragvt satu lagi ny4wa dah jumlah semua dah 3 orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here