Home Petua Tips Seorng Badut Dan Adiwira Spidermn Kini Tinggal Dlm Kereta Dgn Bini.Bila PKP...

Seorng Badut Dan Adiwira Spidermn Kini Tinggal Dlm Kereta Dgn Bini.Bila PKP Tiada Job.Ini Pengakuannya

161
0

Nak kata apa lagi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kesusahan masa PKP amat dirasai oleh kebanyakan semau orang terutama yang pendapatan kais pagi
makan pagi kais petang makan petang.

Pernah menjadi terkenal dengan watak adiwira spidrman dan amat dikenali ramai.

Begitulah bagi seorang yang dulunya seorang badut yang dikenali ramai tapi bila PKP kemungkinaan tidak ada tawaran beliau telah menjadikan keretanya sebagai rumahnya.

 

Amat menyediihkan, namun begitulah nasib menimpa pemain cosplay dan badut, Yulius Atma Negara Thamrin dan isterinya yang tiada tempat tinggal dan berteduh di dalam kereta sejak setahun lalu.

Menurut Yulius, 30, yang mesra disapa Yan, keadaan itu berlaku selepas dia tidak menerima tawaran untuk membuat persembahan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Lebih menambah deri.ta apabila Yan mengalami masalah kesihatan iaitu komplikasi paru-paru yang menyebabkannya terpaksa berehat pada Oktober lalu bagi menjalani pembe.dahan disyorkan doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Yan berkata, sejak hilang punca pendapatan, dia tiada pilihan kecuali tinggal dalam kereta dan pernah diberi menumpang di rumah rakan untuk tempoh sebulan.

Menurutnya, baru-baru ini, dia dan isteri tinggal di flat tidak berpenghuni dekat Ulu Tiram, tetapi hanya dapat berteduh di situ selama seminggu sebelum diminta mengosongkan kediaman berkenaan bagi mematuhi notis dikeluarkan pemaju.

” Saya mencari rezeki sebagai pemain cosplay sejak lima tahun lalu bermula dengan bekerja dengan satu syarikat sebelum berhenti untuk bergerak sendiri.

” Selepas bergerak solo, saya cuba cari makan sebagai badut walaupun tiada pengalaman langsung hingga pernah ditertawakan kerana solekan luntur ketika hari pertama menjual belon di satu kawasan.

” Namun, saya tidak putus asa dan hasil tunjuk ajar seorang sifu badut dikenali Mat Jeng Jeng, saya bergerak aktif hingga menerima banyak tawaran dan pernah meraih RM30,000 dalam sebulan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Meskipun pendapatannya bergantung dengan tawaran, Yan seronok kerana dapat menghiburkan orang ramai dan melakukan kerja diminatinya.

Namun, segalanya berubah apabila Yan diuji dengan masalah rumah tangga dan kesihatan yang mengganggu tumpuannya terhadap kerja.

 

 

Katanya, keadaan itu menyebabkan rakannya menjauhkan diri dan ada dalam kalangan mereka menuduhnya g1la.

” Saya pernah dua kali kecundang dalam rumah tangga dan dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, namun anak sulung meningg4l dunia.

” Bagaimanapun, jodoh saya dipermudahkan apabila dapat berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita, cuma masalah peribadi menyebabkan kami tidak tinggal sebumbung buat masa ini.

” Kini, saya tinggal bersama seorang lagi isteri, tetapi kami tidak mampu menyara anak dan menghantar mereka ke kampung untuk dijaga keluarga buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berbuat demikian kerana mereka tiada kerja tetap buat masa ini dan dan hanya mengambil upah menghantar tong barbeku.

Katanya, sebagai bapa, dia tidak sanggup melihat anak berlapar serta tinggal di dalam kereta sepertinya.

” Saya sudah menemui bilik untuk disewa, cuma risau memikirkan cara mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup.

” Agak sukar untuk tinggal dalam kereta bagi jangka masa panjang kerana saya kini mengambil upah membuat penghantaran barang.

” Jadi, saya ambil keputusan berpindah ke bilik sewa, hari ini cuma kerja saya memerlukan wang sebagai modal untuk mengisi minyak kereta kerana perlu menghantar barang kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, ada rakan cosplay, Mohd Shaifuddin Rahmat, 38, serta rakan lain tampil membantu selepas mengetahui kisahnya di laman sosial.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Yan di talian 011 13311501.

Sumber:hemtr0tanya.

 

Previous article“Apa kau cakap tadi” Lelaki Tak Puas Hati Kluar Kete Terus Trbalikkan Gerai Air Shuk
Next articleTreler Itu Yg L4nggar Kerngka Besi Sebabkan Perancah Besi Jatuh Dua2 Laluan.Rupanya Pemndu Treler P0sitif D4dah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here