- semasa

‘Kisahmu Akan Terpahat Di Seluruh Hati Rakyat Malaysia’ Ini Punca Sebenar Datuk Lee Chong Wei Bersara

Akhirnya Desas Desus Kisah Datuk Lee Chong Wei terjawab, Dimana hari ini, legenda sukan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton selepas 19 tahun beraksi dan mengharumkan nama negara.

Menurut Harian Metro, sidang media pengumuman itu suram kerana kesedihan yang tidak dapat dikawal oleh Chong Wei sendiri. Beliau dikatakan tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika membuat pengumuman itu di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Wira ini menangis , begitu juga seluruh rakyat Malaysia menangis kerana akan kehilangan lagenda badminton yang disegani di mata dunia dan kami semua menangis kerana jasamu pada negara tidak terhingga dan terlalu banyak dan menjadi contoh pada generasi muda akan datang bergerak langkah maju seperti hero ini.Semoga Datuk Lee Chong Wei dapat berehat dan menjaga kesihatan dengan baik dan akan menjadi Ikon Negara pada seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek. Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi”

Kata-katanya terhenti di situ di mana beliau terus menangis dalam tempoh lebih kurang seminit hingga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sendiri cuba menenangkannya.

Video

Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

“Kita buat keputusan selepas Hari Raya (Aidilfitri) akan bersara dan ia keputusan yang amat berat kerana saya sayangkan sukan ini. Kesihatan lagi penting, saya sudah jumpa Syed Saddiq dan Mohamad Norza mengenai perkara ini sebelum berehat sebulan sebelum ini.”

Chong Wei memberitahu dia kini harus memberi keutamaan kepada kesihatan dirinya sejak disahkan menghidap kanser hidung tahun lalu.

Beliau telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjadi pemain nombor 1 dunia selama 9 tahun (bukan berturut-turut) sejak tahun 2009 hingga 2017.

Oktober 2009 – Jun 2012September 2012 – Disember 2014Jun 2016 – 18 Mei 20171 Jun 2017 (kali terakhir)

Bukan tu je, Chong memang dah banyak menang pelbagai jenis kejohanan termasuk Sukan Olimpik dan Sukan SEA. Jom kita throwback sikit pasal penglibatan dan kemenangan Chong Wei dalam sukan badminton.

1. Sukan Olimpik ,3 pingat perak

2. Kejohanan Dunia,4 pingat perak & 1 pingat gangsa

3. Sukan Asian,1 pingat perak & 2 pingat gangsa

4. Kejohanan Asian,2 pingat emas dan 2 pingat gangsa

5. Sukan Komanwel,3 pingat emas

6. Sukan SEA,1 pingat gangsa

7. Kejohanan Remaja Dunia,1 pingat gangsa

8. BWF World Superseries,Juara sebanyak 30 kali & naib juara sebanyak 13 kali

9. BWF World Superseries Premier.Juara sebanyak 12 kali & naib juara sebanyak 4 kali

10. BWF World Superseries Finals,Juara sebanyak 4 kali & naib juara sebanyak 1 kali

11. Super Series ,4x Super Series Finals,4x All England,6x Indonesia Open,1x China Open,2x Malaysia Open

Setiap kali beraksi di gelanggang, beliau pasti akan mendapat perhatian ramai orang dari seluruh dunia. Memang hebat dan membanggakan, Chong Wei dah harumkan nama negara di mata dunia banyak kali. Sebab itulah, rakyat Malaysia pun turut sama berduka cita atas pengumuman persaraan beliau.

Bagaimanapun, Syed Saddiq telah mengumumkan bahawa Lee Chong Wei dinamakan sebagai ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kami Admin pun turut bersedih tapi berbangga dengan anda, Datuk Wira Lee Chong Wei. Legenda, ikon dan idola rakyat Malaysia. You inspire us, kami akan rindu tengok Chong Wei di gelanggang.

Kami semua terasa kehilangan Datuk Lee Chong Wei dan kita berharap akan ada bintang baru muncul seperti Datuk Lee Chong Wei bukan sahaja dalam sukan badminton tetapi semua sukan lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : lobakmerah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *