Lagu G1la Dinobat Juara AJL35, Tapi Komen2 Dari Netizen Memang Tak Disangka Ada Kata B0doh

Shah Alam: Lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu Gundah , Ernie Zakri dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik dimenangi Zizi Kirana yang mempertandingkan lagu Eh ciptaannya sendiri bersama Navigator dan Mambang. Zizi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Kemuncak AJL35 tahun ini menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis, dan Lukhman S.

Berlangsung tanpa penonton, AJL35 dihoskan Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari.

Selain finalis bertanding, acara itu turut dimeriahkan persembahan daripada Ella, Naim Daniel, Yonnyboii, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Hujan, Hazama The Penglipur Lara, Akim & The Majistret, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, dan Ziana Zain.

Komen2 netizen

esok aku buat lirik lagu b0doh

patula menang juri2 dia pun g1la sama

AJL skg mengarut

 

https://youtu.be/dq01O19–Og

sumber hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*