- semasa

Kos Bawa Pulang Ma yat Sala Akan Ditanggung Oleh Seorang Rakyat Malaysia. Rupanya Beliau Jutawan Terkenal

Terdahulu polis mengesahkan ma yat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat yang terdampar di dasar laut Selat Inggeris adalah pemain Cardiff City, Emiliano Sala.

Ma yat pemain berusia 28 tahun itu ditemui terperangkap di dalam pesawat tersebut semasa operasi pencarian di dasar laut dilakukan beberapa hari lalu.

Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) membawa ma yat tersebut ke Portland sebelum diserahkan kepada Koroner Dorset yang kemudian mengesahkan identiti ma yat adalah pemain termahal Cardiff City itu.

Ma yat juruterbang Sala, David Ibbotson masih belum ditemui.

Seorang jurucakap berkata mereka mengeluarkan ma yat Sala daripada dasar laut menggunakan apa jua cara sekali pun termasuk kenderaan yang dioperasikan secara jarak jauh (ROV) dalam keadaan yang agak mencabar.

Pesawat jenis Piper Malibu itu masih berada di kedalaman 67 meter dan masih gagal dinaikkan berikutan cuaca buruk.

Bangkai pesawat itu ditemui pada petang Ahad lalu selepas dilaporkan hilang pada malam 21 Januari semasa dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff.

Pesawat tersebut meminta kebenaran untuk mendarat sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jersey.

Pesawat itu berjaya dikesan pasukan yang diketuai saintis David Mearns dua jam selepas operasi pencarian dilakukan.

AAIB berkata mereka akan menerbitkan laporan sementara dalam tempoh sebulan.

Cardiff mengikat Sala dengan rekod perpindahan kelab bernilai 15 juta pound sterling dan dia sepatutnya berlatih bersama pasukan baharunya itu bulan lalu.

Dalam pada itu pemilik Cardiff City, Vincent Tan menyatakan hasrat untuk menanggung kos penghantaran pulang ma yat pemain bola sepak, Emiliano Sala ke Argentina.

Ma yat Sala dikenal pasti Jumaat lalu selepas bangkai pesawat dinaikinya ditemui di selat Inggeris.

Pesawat malang jenis Piper Malibu itu terhempas ketika dalam perjalanan menuju Cardiff.

Penyerang itu menaiki pesawat berkenaan dari Nantes menuju Cardiff setelah melengkapkan perpindahan £ 15 juta (RM82 juta) ke kelab Liga Perdana itu apabila pesawat ringan tersebut hilang dari radar pada 21 Jan.

Bagaimanapun ma yat juruterbang, David Ibbotson belum berjaya ditemui.

Vincent Tan yang juga pengasas Berjaya Group berjanji membantu keluarga Sala dan bekerjasama dengan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam usaha mereka untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Semoga roh Emiliano tenang di sana. Saya secara peribadi sangat sedih atas insiden ini,” kata jutawan terkenal dari Malaysia.

“Cardiff City akan terus bekerjasama dengan AAIB dan penyiasat untuk mengetahui bagaimana kemalangan itu berlaku dan untuk membantu keluarga Emiliano,” kata Vincent seperti dilapor The Sun daily.

Inkues berhubung kematian Sala akan diadakan pada masa akan datang, manakala setiap pemain kelab Liga Perdana akan memakai armband hitam pada perlawanan akhir hujung minggu ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : malaysiakini & mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *