Home Petua Tips Pasangan Kekasih Kantoi Lps Rindu di Tepi Sungai. Rupanya Masa Lalu Roadblock,...

Pasangan Kekasih Kantoi Lps Rindu di Tepi Sungai. Rupanya Masa Lalu Roadblock, Beri Alasan Ini

140
0

” Mereka berdua didapati gagal mematuhi SOP iaitu duduk berdua-duaan yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh pelaksanaan PKP sehingga 18 Febuari ini,” kata Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat selepas pasangan ini didapati melanggr PKP.

Pa-dah duduk berdua-duan untuk melepaskan kerinduan di pinggiran Sungai Kerian ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepasang kekasih dikompaun polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pasangan kekasih yang berusia 21 dan 24 tahun itu sedang berdua-duan di kawasan tersebut ketika sepasukan polis dari Balai Polis Parit Buntar membuat rondaan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan 200 beg cenderamata kepada pengguna jalan raya di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Abdul Raof sumbangan Team Kampit Rezeki dan Yayasan Amal Malaysia Perak hari ini.

Lalu sekatan jalanraya dan beri alasan untuk ke bank

Tambah Mazuki, wanita berkenaan tinggal di Kampung Bagan Samak, Bandar Baru, Kedah telah melalui SJR di Jalan Abdul Raof yang berada di sempadan negeri Perak-Kedah dengan alasan mempunyai urusan penting dengan sebuah bank di kawasan ini.

” Setelah urusannya selesai, dia dipercayai telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan teman lelakinya di pinggiran Sungai Kerian ini.

” Mereka berdua telah dikompaun di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pencgahan dan Pengawalan Penyak1t Berjngkit 2000,”

Sementara itu menerusi kes berasingan, enam lelaki yang dikesan berkumpul di sebuah taman permainan di kawasan perumahan Toh Jabit di sini dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tindakan ke atas mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu dikenakan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencgahan dan Pengawalan Penyak1t Berjngkit 2020.

Menurutnya, pada petang sebelum kejadian, anggota yang melakukan pemeriksaan rutin telah terlihat sekumpulan lelaki bermain bola sepak di taman permainan sama, namun kesemua mereka telah dipanggil dan diberikan nasihat.

” Bagaimanapun rondaan pada sebelah malam sekitar jam 11.30 malam pula, polis mengesan kehadiran sekumpulan lelaki berkumpul di taman permainan itu.

” Pemeriksaan mendapati kesemua mereka melanggar SOP ditetapkan. Susulan itu, enam notis kompaun telah dikeluarkan kepada semua individu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, orang awam diingatkan untuk terus mematuhi SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

” Aktiviti berkumpul seperti dilakukan mereka sama sekali tidak dibenarkan sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Sumber:k0smo dan sinarharian

Previous articleKecoh Isteri Aman RA Dedah Suami Cur4ng
Next articleSelepas staff J&T Minta Maaff, Muncul Pula Lagi Satu Rakaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here