Lagu Gatal tarik perhatian ‘superstar’ dunia PSY, Janna Nick terkejut

Tidak tergambar perasaan apabila lagu nyanyian tempatan mendapat tempat di mata dunia. Lebih-lebih lagi apabila artis bertaraf ‘superstar’ yang cukup terkenal di dunia menyanyikan lagu tempatan.

Itulah perasaan yang dialami oleh penyanyi tanah air kita, Janna Nick apabila lagu Gatal yang tular di TikTok berjaya menarik perhatian artis antarabangsa dari Korea Selatan, PSY.

Siapa sahaja tak rasa bangga apabila lagu nyanyian tempatan menjadi pilihan oleh artis antarabangsa, bukan?

Lagu Gatal nyanyian Janna Nick tarik perhatian PSY

Baru-baru ini tular di media sosial apabila PSY, artis pop yang terkenal di dunia menerusi lagu Oppa Gangnam Style memuat naik beberapa video dimana beliau sedang membuat cabaran lagu Gatal yang dinyanyikan oleh Janna Nick bersama tanda pagar #flexibility.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PSY (@42psy42)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PSY (@42psy42)

Janna gembira dan terkejut

Memetik laporan dari laman portal BOOM, Janna mengakui bahawa beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan terkejut.

Mengulas lanjut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, “Memang gembira sangat-sangat.

“Itu sahaja cara yang boleh saya gambarkan mengenai perasaan saya pada sekarang ini.”

Siapa saja tak suka bila superstar bertaraf dunia promote lagu kita kan?

Janna juga mengakui bahawa beliau teruja apabila PSY yang pernah menggemparkan industri hiburan dunia suatu ketika dahulu mempromosikan lagunya.

“PSY kot… Siapa sahaja tak gembira apabila superstar dunia seperti dia memilih lagu kita?

“Tidak cukup dengan itu, dia promote di Instagram yang mempunyai berjuta-juta pengikut.”katanya lagi.

Tiba2 claim lagu Indonesia pulak!

Disaat ramai warganet memuji dan berbangga apabila lagu keluaran tempatan itu mendapat perhatian, namun lain pula bagi pengikut dari Indonesia.

Mereka mendakwa lagu tersebut berasal dari negara mereka.

Sumber: BOOM! & OhMyMedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*