- semasa

‘Lambaian Haji Pengubat Duka’ Hubungan Cinta Erra Dan Shahir Akhirnya Putus,Luahan Erra Buat Netizen Terpegun

ARTIS ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.

Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.

Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

Erra akan menunaikan rukun Islam yang ke lima

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah  tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra kepada MHE.

Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi.

Satu ketika Awie pernah komen hubungan Erra dan Shahir,Awie turut menyatakan yang dia percaya Erra seorang yang kuat dan mendoakan yang terbaik buat Erra yang pernah menjadi tunang nya suatu ketika dahulu.

“Saya percaya Erra kuat dan dia akan temui jalan dia sendiri nanti,” ujar Awie yang turut mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan yang lain seperti yang dipetik daripada portal Media Hiburan.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.

Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *