- HIBURAN

Lelaki Ini Berhabis Berpuluh Ribu Ubah Wajah Jadi Hael Husaini. Tapi Baca Komen Netizen, Sadis Betul

Artis terkenal dengan peminat fanatik tidak dapat dipisahkan lagi. Tatkala muncul artis baru tidak kira penyanyi atau pelakon, pasti disusuli dengan kehadiran peminat yang menyokong perkembangan seni artis idola mereka.

Selain dari mengikut laman media sosial milik artis pujaan masing-masing, ada yang sampai sanggup mengumpul gambar artis dari keratan majalah dan ada jugak yang sanggup berhabis duit kumpul album artis kesayangan setiap tahun.

Malah jika kita dengar artis sanggup berhabis ribuan ringgit untuk beli tiket konsert atau persembahan, rasanya itu selalu kita dengar dan sudah menjadi perkara biasa. Bagaimana pula jika ada peminat yang ‘level’ fanatik sampai belanja puluhan ribu untuk ubah muka menjadi seperti artis pujaan mereka?

Dan anda pasti terkejut kerana perkara itu terjadi bukan di luar negara, tetapi di Malaysia! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki ni sanggup berhabis duit ribu-ribu demi ubah mukanya jadi Hael Husaini! Tak percaya? Haa korang tengok gambar mamat bernama Adam Zainee ni. Sekali pandang, serius macam Hael!

Malah Adam menerusi Instagram juga mengaku yang dia berbelanja sebanyak RM45,000 dengan membuat pembedahan di bahagian rahang kiri dan kanan serta mencucuk botoks pada bahagian bibir, hidung, dagu dan pipinya. Wow! So much effort!

“ Yee saya akui telah telah melakukan sedikit pembedahan yang melibatkan rahang kiri dan kanan. Cucuk botok untuk pipi bagi naik, buat hidung dan dagu dan tak lupa buang sedikit bibir atas.

” Semua pembedahan di atas mencecah hampir RM45 ribu dan ini lah hasilnya. Menarik bukan?!!

” Puas hati semua wahai makcik bawang?!” tulisnya di ruangan kapsyen

Bagaimanapun pendedahan Adam ni mendapat kecaman netizen yang rata-rata mengatakan lelaki ni tak bersyukur dengan ciptaan Allah. Ada juga yang mengatakan Adam ni tak ada rasa bersalah langsung ubah ciptaan Tuhan. Bangga sungguh buat dosa ye!

Meskipun begitu, Adam ni boleh dikatakan agak femes la dalam kalangan peminat Hael. Dia pernah buat cover lagu Haram dan ada jugak rakannya yang sangat supportive mengatakan Adam ni lagi handsome dari Hael.

Apa-apapun Adam telah private kan akaun Instagram sebab terlalu ramai yang menghinanya di bahagian komen. Harap tabah lah ye… Berani buat berani tanggung.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *