Home Petua Tips “Lepas Majlis Itu, Banyak Event Saya Tak pergi, Nak Bergambar Pun Takut”

“Lepas Majlis Itu, Banyak Event Saya Tak pergi, Nak Bergambar Pun Takut”

54
0

Bulan lalu hangat diperkatakan apabila tular gambar Pencetus Ummah (PU) Amin bergambar bersama dua wanita seksi dalam satu majlis berbuka puasa.

Susulan isu tersebut, PU Amin mengakui dia kini lebih berhati-hati untuk menerima jemputan dan apa yang terjadi merupakan satu pengajaran buat dirinya.

BACA: “Tak Semua Perempuan Seksi Murah Nak Disentuh”

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takut nak pergi. Nak bergambar pun dah takut sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, PU Amin berkata ramai penganjur suka menjemput pendakwah untuk menghadiri majlis mereka tetapi akhirnya mereka yang menjadi bahan kecaman netizen.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk. Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang,” katanya.

Terdahulu, PU Amin dikecam teruk susulan gambar tersebut. Difahamkan, foto itu dimuat naik oleh salah seorang wanita yang merupakan seorang Instafamous, Nadira Isaac. Bagaimanapun, Instafamous itu tampil memohon maaf dan sudah pun memadam foto berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleCuri Peluang Beraya Awal Di ‘Kampung’, Dr Sheikh Muszaphar Sedih Ketiadaan Ibu Sewaktu Adilfitri
Next article“Jurur4wat Mas0k lCU Selepas D0s Kedua Sin0vac,” KKM Tvkar Diagn0sis?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here