- semasa

Luluh Hati Seorang Ibu, Sempat Mengajar Mengucap Dua Kalimah Syahadah Sebelum Anak ‘Pergi’

“ Sebaik tiba di lokasi kema langan, saya terduduk melihat dua anak perempuan sedang terbaring di atas jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik,” ujar, Mohd Asri Zakaria, 52, bapa kepada tiga mangsa kema langan ma ut di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, Kelantan.

Menurutnya, seorang kenalan memaklumkan kejadian menimpa tiga anaknya kira-kira 1.10 petang tadi, ketika dia berada di kedai runcit miliknya.

Katanya, rakannya itu hanya memberitahu nombor plat dan model kereta dinaiki ketiga-tiga anaknya yang terbabit dalam kema langan tanpa memaklumkan keadaan anaknya itu.

“ Rakan hanya mengarahkan saya supaya datang segera ke lokasi. Naluri saya dapat mengagak bahawa ia bukan kema langan kecil.

“ Sebaik tiba, hati saya sangat luluh apabila melihat ketiga-tiganya terbaring dengan keadaan ditutup dengan kain batik.

“ Ketika di tempat kejadian, saya diberitahu bahawa salah seorang anak, Haifa Amira, 22, masih dalam keadaan na zak dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas sebentar tadi.

Dalam kema langan kira-kira jam 1 tengah hari itu, tiga beradik terbabit, Fatin Arina Mohd Asri, 23 dan Anis Suraya, 10, ma ut di lokasi kejadian manakala Haifa Amira mening gal dunia di Hospital Pasir Mas.

Kema langan berlaku apabila Proton Wira yang dipandu Mohd Helmi Mustafa, 21, dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal sebelum masuk ke laluan bertentangan dan meremp0h kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga beradik itu.

Pemandu Proton Wira terbabit kini dirawat di hospital yang sama dan difahamkan dalam keadaan kritikal.

Mohd Asri berkata, sebelum kejadian tiga beradik yang berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dalam perjalanan untuk menjemput ibu saudara, Zaleha Shafie, 48, untuk mendapatkan bekalan ubat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“ Ibu saudara mereka tidak dapat menerima kenyataan dengan tra gedi yang menimpa dan asyik menyalahkan dirinya kerana meminta pertolongan untuk membawanya ke hospital.

“ Namun kami sekeluarga memintanya supaya bersabar dan menganggap itu sudah suratan takdir serta perlu reda walaupun terlalu sedih,” katanya.

Jena zah ketiga-tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Mukim Bukit Gading, pagi esok.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *