- HIBURAN

Macam Izara Lah. Neelofa Komen Gambar Terbaru Kilafairy Ini Yang Disangka Izara Aishah. Ini Respon Balas Kilafairy

Gambar terbaru yang dimuat naik oleh Kilafairy telah mendapat reaksi selebriti terkenal iaitu Neelofa yang terkejut kerana menyangka ianya adalah gambar Izara Aishah.

Menerusi entri tersebut, Kilafairy telah menulis kapsyen berikut;

” Me and the sun, we are enemies. Orang kata, keep your friends close and your enemies closer. Tepat sekali, perfect lighting, perfect picture. Thank you sun and @cikmanggis for the picture”

” Macam Izara” komen Neelofa.

Sementara itu rata-rata netizen turut sependapat dengan Neelofa apabila mengatakan gambar Kilafairy itu kelihatan seperti Izara Aishah.

Apa yang menarik lagi, komen Neelofa itu turut mendapat reaksi balas dari Kilafairy. ” Cuba tengok betul-betul, macam Aishwarya Rai lah” balas Kilafairy kepada Neelofa.

Komen antara kedua selebriti cantik itu lantas mendapat reaksi netizen lain yang nyata terhibur dengan mereka. ” She’s not lying, betul macam Izara. And you both so beautiful” komen seorang netizen lain.

Sementara itu mungkin ramai tidak tahu, Kilafairy dan Izara Aishah yang dianggap ‘BFF’ atau teman rapat, saling mengenali sejak mereka berusia sembilan tahun.

Menurut Kilafairy, ketika menuntut di sebuah sekolah rendah di USJ Subang, Petaling Jaya, dia dan Izara sudah berkawan.

” Kami berjumpa ketika di sekolah rendah tetapi hubungan terputus selepas Izara berpindah. Dipendekkan cerita, kira-kira empat tahun lalu kami bertemu semula apabila masing-masing sudah dewasa dan menceburi dunia seni.

” Sejak itu, kami jadi rapat hingga sekarang,” katanya kepada BH Online.

Malah Kilafairy turut mengaku kadangkala terfikir bagaimana dia dan Izara boleh menjadi BFF atau mengikut istilah sekarang, ‘bestie’.

” Mungkin kami selesa kerana sudah kenal perangai masing-masing. Izara jujur dalam berkawan dan saya selesa di sampingnya.

” Benar Izara tampak lembut manakala saya berwajah garang. Namun, tahu tak, sebenarnya karektor kami berlawanan?

” Izara yang garang dan saya pula manja serta mengada-ngada. Jadi Izaralah yang doniman dan suka memanjakan saya,” katanya.

Ada seperkara lagi, tambah Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil, dia dan sahabat baiknya itu suka bersenam di gimnasium.

” Kalau salah seorang daripada kami malas bersenam, sama ada saya atau dia akan mengirim foto untuk ‘menunjuk-nunjuk’ bentuk badan masing-masing. Sebenarnya, tujuan kami lebih kepada membakar semangat.

” Kalau ada masa, kami akan bersenam berdua. Kalau masing-masing sibuk, kami bersenam sendirian,” katanya.

Tentang perkahwinan Izara dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid, Kilafairy tumpang gembira.

” Akhirnya jodoh kuat menyatukan mereka. Saya juga mahu ke arah itu. Pastinya bila ada jodoh, saya akan berkahwin,” katanya.

Terdahulu, Izara dipelawa beraksi dalam video muzik single terbaru Kilafairy berjudul Put The Word In bersama DJ Aku Ash. Single itu turut menampilkan artis antarabangsa, Sean Kingston.

Selain Izara, muzik video yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu turut dijayakan Joe Flizzow, Altimet dan Kaka Azraff.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: bharian dan IG Kilafairy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *