Home Petua Tips “Terima Kasih Suami, Untuk Hadiah Yang Bermakna Ini” – Rezeki Mia Ahmad...

“Terima Kasih Suami, Untuk Hadiah Yang Bermakna Ini” – Rezeki Mia Ahmad Tunai Umrah

233
0

Pelakon Mia Ahmad telah berangkat ke tanah suci, Makkah untuk menunaikan umrah.

Berita itu dimaklumkan Mia menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Lebih manis lagi apabila niatnya yang ingin menunaikan ibadah di tanah suci itu telah ditunaikan oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi sebagai hadiah sempena hari jadi aktres tersebut.

“Saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Doakan perjalanan saya dan baby no 2 di permudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T.

“Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kes4lahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada).

“To my husband izhamtarmizi24 terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini, Mia minta nak

pergi umrah untuk birthday tahun ini. Hujung tahun kita pergi sama-sama pula okay dengan sayf.issa. Insha-Allah,” tulisnya.

 

Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Dalam perkembangan terbaru, Mia mengumumkan hamil anak kedua pada awal Januari lalu.

Sumber : Gempak

Previous articleVanida Muatnaik Foto Nikah Buat Netizen Tertanya Tanya,Ini Jawapan Vanida Imran
Next articleEdika Yusof Setia Menjaga Isteri Lvmpuh,Nor Hidayah beruntung Suami setia Dan Menjaga Dirinya Dengan Penuh Kasih Sayang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here