Home Petua Tips Gelak Macam Mona Kampung People,Pelajar ‘Masuk air’ Berjaya Buat Parodi Lakonan Elly...

Gelak Macam Mona Kampung People,Pelajar ‘Masuk air’ Berjaya Buat Parodi Lakonan Elly Mazlein Jadi Tvlar

229
0

GARA-GARA drama ‘Kampung People’, perkongsian seorang gadis yang mengajuk watak Mona, lakonan Elly Mazlein tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 15 saat itu menunjukkan gadis tersebut menonjolkan perbezaan karakternya sebelum dan selepas menonton drama Kampung People.

Gelagat Hanni Najla Yusof itu benar-benar mencvri perhatian netizen apabila cubaan dia meniru watak Mona dengan mimik mukanya yang selamba dan kelakar dianggap menjadi.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 150,000 tontonan, 9,200 ulang kicau dan 10,400 tanda suka di Twitter.

 

 

Perkongsian Hanni Najla meniru gaya Mona dalam drama Kampung People cvri perhatian netizen.

Rata-rata netizen pec4h perut melihat bakat wanita itu meniru watak g1la-g1la Mona yang menjadi bualan ramai.
“Hahahahha sumpah cracck, jadi do kau c0pycat.

“Masuk air la minah ni hahahahaha.

“Bapaklah… gelak tu sebijik weyyy… perghhhh, hebat hebat,” komen beberapa netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Hanni Najla atau lebih mesra disapa Hanni memberitahu bahawa dia bukannya terpengaruh sepenuhnya dengan watak Mona tetapi mengakui dirinya memang seorang yang g1la-g1la dan ‘happy-go-lucky’.

Masih belajar di sebuah universiti awam, Hanni berkata dia sudah mengikuti keseluruhan episod drama tersebut dan paling suka melihat gelagat kelakar Mona dan bercakap bahasa Inggeris ‘roj4k’.

 

Hanni merupakan seorang yang ‘g1la-g1la’ dan ‘happy-go-lucky’.

 

“Saya memang dah perangai gila-gila lagi sebelum tengok Kampung People, cuma lepas tengok watak Mona tu buat saya lagi ‘masuk air’.

“Macam natural sangat dia punya watak tu, mungkin sebab tu kot saya adore sangat,” katanya.

Menurut wanita kelahiran Sarawak yang berusia 21 tahun ini, dia bukanlah pengguna aktif aplikasi TikTok, tetapi sekadar menggunakan aplikasi tersebut pada waktu lapang sahaja.

Anak kedua daripada tiga orang beradik ini berkata, dia tidak menduga video rakamannya itu akan menarik perhatian netizen kerana ia dimuatnaik untuk tujuan suka-suka sahaja.

 

“Saya taklah rajin sangat main TikTok, cuma suka-suka hiburkan diri. Bila buat video TikTok tiru watak Mona, tiba-tiba saya dapat mesej daripada followers saya.

“Dia cakap, why don’t saya post video tu kat Twitter, so saya pun cubalah. Memang tak sangka video tu akan blow up.
“Kalau nak kata saya aktif rakam video, tak juga… tapi biasanya memang saya akan post funny content dekat IG Story,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia pernah menyertai mana-mana uji bakat lakonan, Hanni mengakui minat dalam bidang tersebut namun dia tidak berkesempatan untuk mengikutinya.

 

 

Hanni meminati bidang lakonan, namun tidak mempunyai kesempatan menyertai mana-mana uji bakat. 

 

“Uji bakat berlakon? Tak adalah. Tak pernah dapat peluang tu.

“Tapi, inshaAllah kalau diberi peluang untuk ke bidang lakonan, saya berminat nak cuba watak-watak yang macam dalam drama Kampung People tu, at least, genre dia taklah heaavy sangat.

“Mungkin sesuatu yang hampir sama macam Mona ataupun Laila? Yang sumpah orang akan annoying dan menyampah tengok,”
katanya sambil ketawa.

 

 

View this post on Instagram

 

Sebijik! Memang masuk air sis ni #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video Twitter hanninajla

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Mstar

Previous article“Sekiranya Saya Sudah Hamil, Pastikan Skrip Itu..” Ini Makluman Awal Elly Mazlein Yang Ada Makna Tersirat
Next article“Biar Orang Nak Kata” Kahwin J4nda Dan Kena Jaga 3 Anak T1ri , Issey Buka Cerita Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here