Home Petua Tips Mood bertukar… tiada lagi ucapan raya, hanya video sayu pensyarah sambut lebaran...

Mood bertukar… tiada lagi ucapan raya, hanya video sayu pensyarah sambut lebaran di kampus pengganti diri – “Tak boleh ‘bunvh’ perasaan gembira anak-anak” –

68
0

PENULARAN C0vid-19 yang semakin memuncak ternyata memusnahkan harapan rakyat negara ini untuk pulang beraya di kampung halaman mereka.

Tidak terkecuali tentunya pensyarah subjek Reka Bentuk di Politeknik Muadzam Shah, Pahang iaitu Adil Reza Shamsuri yang bakal beraya di kampus buat tahun kedua berturut-turut.

Mesra disapa Reza, anak kelahiran Kodiang, Kedah yang berusia 37 tahun itu mengakui sebak mengenangkan nasibnya sebagai anak perantau yang jauh dari keluarga.

Namun katanya, dia dan rakan sejawat serta rakyat negara ini harus berkorban demi memutuskan rantaian jangkitan C0vid-19.

“Perasaan masa kali pertama tak dapat balik tahun lepas memang sedih sangat. Tapi tahun ini, kita dah belajar terima hakikat. Ini kali kedua beraya di kuaters dalam kampus.

“Kebanyakan pensyarah semua ada dalam ni. Jadi kita sambut raya secara sederhana dengan kakitangan yang ada. Kalau boleh rentas negeri, sudah tentu nak balik Kodiang.

“Di sini pun ada tak sampai 100 pelajar yang tak balik, kebanyakannya pelajar tahun akhir yang mana kampung halaman mereka dalam zon merah,” ujarnya kepada mStar.

Para pensyarah yang terlibat dalam penghasilan video itu.

Menurut bapa kepada lima cahaya mata itu, biarpun rasa kurang serinya akibat pandemik C0vid-19, ia tetap diraikan demi anak-anak yang masih kecil.

“Saya dah berkeluarga. Tak boleh nak hilangkan keseronokan anak-anak ataupun ‘bunvh’ perasaan gembira mereka.

“Dengan adanya keluarga, sekurang-kurangnya rasa kuat semangat walaupun tak dapat balik kampung,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Reza bersama rakan pensyarah Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual turut menghasilkan satu rakaman raya di kampus itu.

Reza berkata, tahun ini menjadi tahun kedua dia tidak pulang beraya.

Selain memaparkan suasana sayu barisan pendidik yang tak dapat pulang ke kampung halaman, Reza berkata video itu juga merupakan sebahagian sukatan pelajaran bagi pelajar dalam subjek berkaitan.

“Idea video raya tu hasil perbincangan dengan rakan pensyarah yang lain. Biasanya tahun sebelum ini kita buat video ucapan raya dengan mood ceria, sekarang tak boleh balik, mood juga dah bertukar.

“Ada yang dah dua tahun tak balik, ada juga pensyarah yang keluarganya di zon merah. Jadi kita dapat ilham untuk buat video memaparkan suasana di kampus ini.

Dua pelajar, Muhammad Afiq Asyraf Muhammad Alwi (kiri) dan Muhamad Firdaus Ramli (kanan) yang terlibat dalam pembikinan video itu.

“Kami kat sini bersatu hati macam satu keluarga. Video itu dirakam selepas kami buat tadarus al-Quran minggu lepas yang mana penggambaran singkat dibuat dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kami juga nak sampaikan mesej, walau di mana pun kita berada, ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk memutuskan rantaian C0vid-19.

“Bagi pendidik yang tak boleh balik, kita satu keluarga, sama-sama berkorban walaupun sedih tengok ramai pelajar dapat balik kampung,” ujarnya yang sudah 11 tahun berkhidmat di situ.

Menurut Reza, video itu dihasilkan dengan bantuan dua pelajar iaitu Muhammad Afiq Asyraf Muhammad Alwi dan Muhamad Firdaus Ramli.

Video yang dikongsi di media sosial itu sehingga kini meraih lebih 20,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Previous article“Tvlar Vldeo Lelaki Merayv Sampai Melvtut Nak Jvmpa MB Kedah,” Ini Cerita Sebenar
Next articleFoto Bell Ngasri & adik undang ramai tertanya2 rahsia kekal ’17 tahun’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here