- PENGETAHUAN AM, semasa, VIRAL

Motor Saya Dicuri Tapi Nasib Baik Ada GPS. Mangsa Berjaya Kesan Port Barai Motor di Ulu Yam

TANPA perlu meminta statistik daripada pihak polis, setiap penunggang pasti sedia maklum tentang kes kecurian motosikal yang tinggi di negara kita. Meskipun tidak menimpa diri sendiri, kita pasti pernah dengar pasal kes curi motosikal berlaku ke atas kawan, jiran atau sanak saudara sekeliling.

Penulis sendiri pun sudah ada dua kawan yang motor mereka kena rembat si pencuri lebih kurang 10 tahun dulu. Sampai ada yang sanggup tidur bersama motosikal kesayangan dek kerana takut dirembat orang. Maklum la, motor panas katanya. Jadi risiko untuk hilang agak tinggi.

Teknologi keselamatan motosikal hari ini pula banyak yang berubah seperti ciri pengatup kunci magnetic (magnetic key shutter). Kita sebagai penunggang pula masih mengekalkan cara tradisional mengunci motosikal seperti menggunakan kunci mangga @ Solex, atau rantai besi. Tetapi risikonya tetap ada kerana pencuri hari ini makin maju.

Seiring dengan kemajuan pencuri, kita sebagai pengguna pun sepatutnya maju juga dan antara cara termaju boleh dilakukan ialah memasang peranti penjejak navigasi (GPS tracker) yang kini boleh didapati dipasaran.

Memetik daripada sebuah video yang di muat naik halaman Facebook “Terminal Tracker”, seorang daripada pekerja mereka telah memasang alat pengesan GPS pada motosikal beliau yang dicuri berjaya membawanya ke lokasi penyimpanan motosikal curi di Ulu yam. Malang sekali, motosikal beliau sudah dibarai oleh pencuri.

Suspek mungkin menemui alat pengesan itu pada motosikal yang dicuri lalu meninggalkan lokasi itu kerana takut akan kegiatan mereka terbongkar.

Bukan sahaja motosikal beliau disitu tetapi mereka turut terkejut kerana menjumpai sebuah lagi motosikal yang dipercayai turut dicuri.

Hal keselamatan memang tiada kompromi dan sepatutnya pemasangan GPS sentiasa berada dalam bajet penunggang hari ini. Ia patut dianggap sama seperti belanja tahunan insurans kenderaan juga. Memang rasa semacam terbeban perlu mengeluarkan sekian-sekian bajet untuk sesuatu yang tidap dapat dilihat manfaatnya secara jelas. Tetapi sekali bala menimpa, barulah rasa menyesal dan bercucuran air mata kerana tidak buat awal-awal dulu.

Jom lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: sayangawak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *