Home Petua Tips Muat Naik Foto Berdua, Ramai Doak4n Keb4hagiaan Aliff Aziz & Bella Astillah

Muat Naik Foto Berdua, Ramai Doak4n Keb4hagiaan Aliff Aziz & Bella Astillah

57
0

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..,”

Itulah bait-bait lirik lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Dendangan yang cukup indah dengan mengisahkan tentang hubungan pasangan suami isteri yang tiada kesempurnaan, malah lebih kepada memberi pengajaran.

Lagu berkenaan juga sesuai buat pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah di mana rumahtangga mereka juga pernah menjadi satu kontroversi dan bualan orang ramai sekitar tahun 2019.

Selepas mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula sebagai suami isteri yang sah, rumahtangga pasangan ini dilihat semakin bertambah ceria dan harmoni.

Terbaharu, Bella Astillah telah memuat naik beberapa keping foto romantis antara mereka berdua menerusi laman Instagram miliknya.

“Tiada siapa yang boleh menjaminkan sama ada orang itu baik atau tidak kalau bukan kita yang mempercayainya,” tulis Bella

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi positif selain ramai yang meninggalkan kata-kata semangat buat pasangan berkenaan.

Alhamdulillah.. suka tengok mereka tersenyum. Semoga Aliff dan Bella terus dan sentiasa bahagia!

Sumber foto: Instagram Bella Astillah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleSheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis
Next articleNyaris Gugur Sebab Sikap Individu Tak Bertanggungjawab, Nabil Mahir Kongsi Keadaan Ayda Jebat Waktu Awal Kehamilan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here