- AGAMA

Mufti Wilayah Hadiahkan Kek, Buah Tangan Kepada Jiran Cina. Ini Komen Netizen Cina Yang Buat Ramai Terkejut

Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad hari ini memberikan buah tangan berupa kek kepada jiran-jirannya yang berbangsa Cina sebagai cenderahati sempena sambutan tahun baru masyarakat itu.

” Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina.

” Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.

” Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.

” Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan,” katanya pada suatu hantaran di Facebook.

Zulkifli berkata Islam meraikan kepelbagaian agama dan bangsa, merujuk kesantunan akhlak Nabi Muhammad SAW boleh mengenepikan tembok bangsa dan agama.

” Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya. Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa.

” Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan,” jelasnya lagi.

Sementara itu rata-rata netizen turut berbangga dengan contoh yang ditunjukkan oleh Mufti Wilayah ini. Malah beberapa netizen berbangsa cina turut memuji tindakan beliau yang sanggup mengenepikan perbezaan kaum.

” Satu amalan yang cukup mulia untuk keharmonian masyarakat” komen Tey Shong Hui.

Sekilas info tentangĀ Dr. ZulkifliĀ 

Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 – 20 Mac 2014).

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[3] dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976 -1981).

Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982 – 1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985 – 1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989 – 1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994 – 1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin.

Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 – 2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *