Home Petua Tips Tergamak.Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jtuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans

Tergamak.Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Jtuh Tebing Sebab Nak Kaut Duit Insurans

289
0

Hakan Aysal, 40, dit.ngkap kerana memb.nuh isterinya Semra Aysal, 32, dan bayi mereka yang belum lahir ketika mereka sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Sempat ‘selfie’ sebelum tolak isteri h.mil j.tuh tebing

 

 

Seorang lelaki dari Turki sempat bergambar dengan isterinya yang sedang h.mil untuk gambar-gambar romantis di atas tebing beberapa saat sebelum lelaki tersebut did.kwa men.lak isterinya j.tuh dari tebing supaya dia boleh menuntut wang insurans ny.wa.

Menurut laporan dari Daily Mail, pend.kwa menyatakan bahawa mereka berdua duduk di atas tebing tersebut selama tiga jam dan apabila lelaki tersebut menyedari yang tiada orang disekeliling mereka, dia dengan sengajanya men.lak isterinya j.tuh dari tebing.

Dalam d.kwaan yang disediakan untuk jen.yah ‘pemb.nuhan sengaja’ terhadap lelaki tersebut, ia menyatakan bahawa dia merancang pemb.nuhan isterinya dengan terlebih dahulu dengan mengambil insurans kem.langan diri bagi pihaknya dengan jaminan 400,000 Lira Turki (RM 230,606.71) dan manfaatnya adalah untuk dirinya.

Ketika kami pergi ke Institut Perubatan F.rensik untuk mendapatkan m.yat, Aysal sedang duduk di dalam kereta.

Saya dan keluarga sangat sedih, tetapi Aysal tidak kelihatan sedih sama sekali.

Itulah ungkapan dari abang kepada m.ngsa iaitu Naim Yolcu.

Beliau juga turut menyatakan bahawa adik beliau, Semra, sangat menentang pengambilan pinjaman.

Namun, setelah dia men.nggal, mereka mendapati bahawa Semra mempunyai tiga pinjaman yang diambil oleh Aysal bagi pihak Semra. Naim Yolcu turut menambah bahawa Semra t.kut akan ketinggian dan mempersoalkan sukan ekstrem apa yang akan dia lakukan jika dia t.kut akan ketinggian.

Ketika Aysal ditanya mengenai insurans premium yang dipersoalkan, Aysal berkata bahawa beliau memang meminati sukan lasak sejak 2014.

Itulah sebabnya beliau mempunyai insurans hayat sebelum berkahwin.

Selain itu, Aysal turut dipersoal mengenai artikel dalam insurans peribadi kem.langan yang menyatakan bahawa dia akan menjadi pewaris sekiranya Semra meni.ggal.

Namun, Aysal menepis d.kwaan tersebut dengan menyatakan bahawa beliau tidak banyak meneliti polisi dan jurubank yang bertanggungjawab menyusun kertas kerja tersebut.

Saya hanya membawa polisi insurans tersebut kepada Semra untuk mendapatkan tanda tangan beliau. Saya tidak menyedari bahawa ada tertulis seperti itu.

Itulah penjelasan Aysal berkenaan dengan polisi insurans tersebut.

Aysal juga telah menafikan bahawa beliau yang menolak Semra j.tuh dari tebing kerana menurut beliau, setelah mereka selesai bergambar, Semra terus meletakkan telefon di dalam begnya dan kemudian Semra meminta Aysal untuk memberikan telefonnya.

Ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya, saya tiba-tiba terdengar isteri saya m.njerit di belakang saya dan apabila saya berpatah balik, dia tiada di situ.

Itulah penjelasan Aysal untuk menafikan bahawa beliau memb.nuh isterinya. Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

Sumber : ohbulan

Previous articleDoa Arwh Mak Intan Termakbul. Ebit Lew Belikan Tanah Baru Utk Semua Kuc1ng Dan Anj1ng Terbiar
Next articleKec0h Pembaca Berita Lelaki Pkai ‘Cheongsam’, RTM Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here