Home Petua Tips Apabila Sharnaaz nekad tak nak lepaskan Nabila Tapi Nabila dedahkan juga punca...

Apabila Sharnaaz nekad tak nak lepaskan Nabila Tapi Nabila dedahkan juga punca dia berker4s minta dilepaskan

209
0

KUALA LUMPUR – Mahk4mah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, melantik jawatankuasa pendamai.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh selepas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan perpisahan yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan tersebut.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nor Nabila, 34.

“Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan. Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?

Sharnaaz: Betul.

Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?.

Sharnaaz: Tidak.

Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil pada prosiding akan datang.

Nor Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan perpisahan pada 27 Ogos lalu mengikut S3ksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan perpisahan antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah b4tin lebih setahun.

Defendan juga didkwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Nor Nabila mendkwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.

Sharnaaz dan Nor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Jebat Ahmad yang berusia setahun.

Nor Nabila ketika ditemui di luar mahkamah tidak dapat menahan sebak dan berharap anak mereka menjadi keutamaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Previous articleMas Khan Tlh Menghilangkan RM200,000 Tapi ” Masalah Antara Kami Tdk Perlu Campur Dgn Kerja” A.Aida Buat Luahan Ada Kaitan Filem Terbarunya
Next article‘Biar Aku Dihin4 Aku Tetap Jaga Amanat Yang Kau Tinggalkan Pd Keluarga’ Luahan Ali Puteh Buat Netizen Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here