Home Petua Tips Khai Bahar Perjelas Maksud Emoji ‘love’ untuk Nabila Razali, peminat dah mula...

Khai Bahar Perjelas Maksud Emoji ‘love’ untuk Nabila Razali, peminat dah mula doa cepat bertemu jodoh

535
0

Kesedihan pada Anugerah Juara Lagu ke 35 masih terasa bagi Nabila Razali namun segalanya akan pergi perlahan lahan.

Persembahan penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) kurang menjadi namun kenyataannya lepas itu

akan terus bangkit patut dipuji.

Apapun jika ada orang yang memberi galakan mungkin akan terubat dan desas desus ianya ada kaitan dengan Khai Bahar.

Apa salahnya kan sama sama padan dan menawan.

SELEPAS agak nama Siti Nordiana tidak lagi dikaitkan dengan penyanyi Khai Bahar, kini netizen mula beralih ‘sasaran’ kepada Nabila Razali.

Ia tercetus selepas kedua-duanya memuat naik gambar yang sama pada majlis resepsi meraikan pasangan pengantin baharu, Ernie Zakri dan Syamel pada Sabtu lalu.

Mengulas mengenai reaksi peminat yang gembira melihat mereka bersama, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, berkata tiada apa yang istimewa antara mereka.

“Ketika itu acara bergambar dan secara kebetulan kami berada berdekatan satu sama lain. Sebab tu kami ambil gambar sekali dengan Ernie dan Syamel.

 

Khai dan Nabila bergambar bersama pengantin baharu, Ernie dan Syamel.

“Mengenai emoji ‘love’ yang saya tulis itu memang tiada bawa maksud apa-apa pun.

“Saya memang suka berkawan dan perkara ini tidak menjadi hal buat saya sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain,” katanya ketika dihubungi mStar.

Rata-rata menyatakan Khai dan penyanyi lagu Peluang Kedua itu dilihat serasi bersama.

Malah tindakan kedua-duanya yang saling berbalas komen dengan emoji berbentuk hati lebih membuka ruang kepada netizen untuk membuat pelbagai andaian.

 

Dalam pada itu bercerita mengenai jodoh, Khai yang mencecah usia 27 tahun pada 28 Februari lalu, berkata dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa untuk cari calon isteri.

“Kriteria wanita idaman saya tidak semestinya bertudung, kalau dia free hair pun saya terima,” katanya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan selebriti wanita bertudung seperti Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

Sumber : mstar

Previous articleSudah DiTahan Lelaki Cvr1 Sekampit Beras Dan Susu.Sekali Polis Dedahkan KNP Tak Lpskan Dia Walaupun Tuan Kedai Dah Maafkan
Next article‘Tndakan Bkal Diambil’ Kenyataan Terbaru KPN Mungkin Akn Buat Neelofa Dan Suami Tak Lena Tidur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here