Home Petua Tips “Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah...

“Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak

48
0

Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan dirinya kini telah selamat dan menjalani kehidupan baru di Sweden.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired,31, ketika dihubungi MH memaklumkan, kehidupannya kini bertambah lebih baik.

Malah dia kini masih dalam fasa menyesuaikan diri di negara berkenaan.

“Alhamdulilah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.

“Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini sama juga kalau di Malaysia, tak ada beza sangat.

“Tapi agak susah untuk cari makanan seperti di negara sendiri. Sekarang ni pun dah mula rindu nak makan rendang,” katanya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut menyatakan rasa rindu terhadap anaknya, Anais Adha yang kini dibawah jagaan bekas suami, Aliff Adha.

“Nak kata rindu Malaysia tu tak ada lah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja,” katanya ringkas.

Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan yang juga warga Sweden, Michael Hansen.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous article“Ia Ibar4t Mer0mpak Hasil Karya Penyanyi Seben4r..” Awie ‘S0und’ Artis Youtube
Next article“Bertuahnya Cik B” Request Mahu Bilik Tidvr Bes4r Ada Studio Jamming Dan G4ming, DSV Tun4ikan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here