- VIRAL

“Nak, Mak Taknak Duduk Sini”. Sebak, Ibu Rayu Anak Keluarkan Dari Rumah Orang Tua-tua

” Nak, kalau sayangkan mak, ambil mak di rumah orang tua-tua. Mak tak nak duduk sini.”

Begitu rintihan seorang wanita warga emas yang ingin mencari anak-anaknya kerana tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya di pusat jagaan warga emas.

Posting video tersebut tular di Facebook selepas ia dimuat naik oleh seorang usahawan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sri.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, Maimon Abdul Hamid yang berusia 67 tahun merayu agar anaknya sudi membawanya tinggal bersama.

” Harapan mak jangan lupa… mak dah cukup menderita di sini.

” Kalau ada perikemanusiaan seorang anak…” katanya melalui rakaman tersebut.

Menurut wanita yang merakam video itu, dia sanggup mengambil risiko untuk merekodkan ucapan warga emas tersebut kerana terlalu simpati dengan nasib yang menimpanya.

Sri turut sedar bahawa tindakannya merakam video di dalam pusat jagaan warga emas adalah salah dan boleh dikenakan tindakan.

” Saya sanggup ambil risiko kerana nak penuhi impian Makcik Maimon jumpa semula anak-anak dia.

” Saya juga bukan nak jaga tepi kain orang , tapi terpaksa ambil jalan viral ini semata-mata nak tolong dia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Tambah wanita yang menetap di Johor Bahru itu, dia dan rakan baiknya sering berkunjung ke pusat jagaan yang menempatkan Maimon selepas warga emas itu dibuang keluarga beberapa tahun lalu.

Menurut Sri, Maimon memiliki tujuh anak hasil daripada tiga perkahwinannya.

Maimon kini tinggal di pusat jagaan warga emas di Johor Bahru.

Selepas video tersebut tular, anak bongsu Maimon yang kini menetap di Batam, Indonesia berjaya dijejaki.

” Anak lelakinya hidup susah di Batam, tetapi sanggup berhijrah ke Malaysia untuk menjaga ibunya.

” Tetapi, masalah untuk mendapatkan permit pekerjaan bagi anak lelakinya itu mungkin timbul. Jadi, kalau ada sesiapa yang dapat hulur bantuan, dapatlah Makcik Maimon bersatu dengan anaknya,” kata Sri.

Dalam pada itu, Sri mendakwa anak-anak Maimon hasil daripada perkahwinan pertamanya ada menetap di negara ini, namun enggan bertanggungjawab ke atas ibu mereka kerana mempunyai masalah keluarga.

” Anak sulungnya kerja sebagai guru, tapi tak nak jaga Makcik Maimon kerana dia kata ibunya meninggalkan dia dan adik-beradik lain ketika kecil.

” Selepas bercerai dengan suami pertama, anak-anak Makcik Maimon dibela oleh ibu mertuanya,” ujarnya.

Lihat video di bawah

Sementara itu individu yang berkongsi perkara itu turut menulis sperti di bawah;

” Assalamualaikum disini saya ingin viralkan luahan hati seorang ibu yang saya kenali ibu Maimon binti Abdul hamid dia nak sangat cari anak2 dia sebelum dia tutup mata..beliau di hantar di rmh org2 tua oleh adik ipar beliau di melaka…so anak2 putus hubungan dan tidak tahu ibunya berada.

” Maklumat tertera
” Anak yg sulung stay melaka seorg guru..( mazila binti ahmad)

” Anak kembar lelaki perempuan stay pasir gudang..( sharil bin ahmad kerja kapal di perak dan shariah binti ahmad suami dia seorg kontraktor.

” Anak dari suami kedua tinggal di batam dekat masjid bengkung harapan..rmh atas bukit Indonesia..
” Ahmad nasib bin sahman @ jamali dan Abdul aziz bin sahman @ jamali .

” Saya sgt berharap permintaan dari ibu maimon ni di permudahan seblm dia tutup mata..dan pada rakan tolong viral video makcik maimon ini..

” Terima kasih di atas pertolongan ada semua
Hubungi

” Puan sri 01117511500
” Atau
” puan yati 0177441001..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *