Home Petua Tips “Komen Komen Neg4tif Tu Ada Asalkan Tak S4kitkan Hati Orang” Siti Nordiana

“Komen Komen Neg4tif Tu Ada Asalkan Tak S4kitkan Hati Orang” Siti Nordiana

234
0

MENGEKALKAN kemenangan anugerah berasaskan undian bukanlah perkara mudah, tambahan pula ramai bakat baharu yang muncul saban hari mencvri tumpuan peminat.

Justeru itu, pemenang kategori utama Anugerah MeleT0P Era 2019, Khai Bahar dan Siti Nordiana enggan terlalu berharap untuk meraih trofi yang sama tahun ini.

Menurut Khai, 25, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada peminat dalam menentukan keputusan yang bakal diketahui April depan.

“Saya sudah dua tahun berturut-turut membawa pulang trofi utama kategori Top Top MeleT0P (lelaki) dan untuk kali ketiga kita tengoklah peminat macam mana.

“Saya letakkan semuanya pada peminat, mereka yang akan menentukan siapa yang layak, kita cuma buat sebaik mungkin dan kalau ada rezeki adalah,” katanya kepada mStar.

 

Khai reda jika gagal mengekalkan kemenangan kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2020, tahun ini.

 

Tahun lalu, Khai Bahar muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleT0P 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleT0P (Lelaki) dan Siti Nordiana memenangi Top Top MeleTOP (Wanita).

Untuk Anugerah MeleT0P Era 2020 (AME2020), kedua-duanya bersaing dalam kategori yang sama iaitu Penyanyi meleT0P dan Group Duo MeleT0P menerusi lagu Satukan Rasa.

Sementara itu, Siti Nordiana pula berkata dia sudah melakukan yang terbaik dan meletakkan soal rezeki kepada Allah SWT.

“Saya dengan peminat akan berusaha tapi soal menang atau tidak itu bukan ditangan saya, semuanya rezeki Allah.
“Lagipun saingan sangat kuat, tak naklah terlalu berharap sangat sebab takut nanti kecewa. kita berbalik kepada rezeki.

 

Khai Bahar Dan Siti Nordiana Merangkul Kategori Utama Top Top Melet0p pada tahun lalu

“Komen-komen negatif orang tu biasalah, asalkan kita buat kerja kita dan tak s4kitkan hati orang, dah cukup,” ujarnya.

Selain dua kategori tersebut, penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini turut menerima pencalonan menerusi kategori Lagu Meletop Era dan Artis Versatil.

AME2020 bakal berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka sehingga 25 Februari pukul 12 tengah hari.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2020 iaitu

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous article“Masuklah Meminang Saya” Luahan Rita Rudaini Bila Ditanya Pasal Jodoh Tapi Kena Ikut Syarat Ini
Next articleGaji Suami Aku Tak pernah Cukup Tiap Bulan Tapi Aku Hairan Bila Minta Mesti Dapat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here