Home Petua Tips Kena Cekup OPs Khas Bunyi Bising.Skali P0lis ‘Paksa’ Solat Maghrib Jemaah.Tak Sngka...

Kena Cekup OPs Khas Bunyi Bising.Skali P0lis ‘Paksa’ Solat Maghrib Jemaah.Tak Sngka Yg Jd Imam Org Ni

132
0

Tanah Merah: Seramai 11 pesalah jalan raya ‘dipaksa’ menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mengikuti tazkirah selepas ditahan pihak berkuasa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah selepas ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising).

“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.

“Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.

 

“Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, operasi petang semalam membabitkan dua pegawai serta enam anggota dan sebanyak sembilan motosikal disita.

Katanya, sebanyak 30 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dan yang paling tinggi adalah kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articlePenerima hati pertama di Malaysia, Afiq Ikmal meningg4l dunia
Next articleSuarakan Rasa Syukur, TMJ Sudah Brjaya Capai Hampir Semua Impian Yg Diidamkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here